Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

FreeNas : Pemulihan Semula

Pemulihan Semula FreeNAS USB media Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.  Sesungguhnya kita amat fakir dengan segala kebaikan daripada Allah kerana dalam setiap gerak dan nafas kita semuanya terkandung Rahmat dan Rahman Allah. Memang sesungguhnya tiada daya dan usaha melainkan daya dan usaha Allah SWT yang Maha Agung dan Maha Perkasa. Sesuatu telah terjadi minggu lepas, masa tu ramai orang cuti. Mulanya tak perasan tapi kemudia terperasan juga sebab server freeNAS tak hantar emel report harian. Apabila reboot semua server, aku takleh nak ping dari station sendiri. Nampaknya server freeNAS dah tak hidup. Aku masuk bilik server dan sambung monitor untuk tengok apa jadi. FreeNAS lansung tidak boot. Malah keluar mesej ralat. USB pendrive yang aku boot sistem tu mungkin dah rosak. Aku cuba nak baiki sebab lepas scan, ada beberapa blok rosak. Aku cuba boot dengan hiren boot cd versi 9.9, guna aplikasi HDD generator namun selepas 24 jam aku larikan baikpul

Tambah senarai domain name server selepas setkan ip tetap pada server slakcware resolv.conf

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Segala Puji Pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam Assalamualaikum  Tambah senarai Domain Name Server selepas setkan IP tetap (fixed ip) pada linux slackware server senario:    Setiap kali  selepas instalasi server baru, pasti kami akan timbul masalah dengan IP tetap (fixed IP) untuk berhubung dengan internet luar. Ada beberapa perkara yang perlu difahamkan disini. 1. Tanpa menggunakan DHCP, slackware tidak dapat mengenal domain name server yang biasanya akan tercipta sendiri selepas kita melarikan arahan dhcpcd pada konsol linux. Oleh kerana itu, kita perlu memasukkan secara manual senarai nama / alamat domain name server. terdapat satu fail yang akan dibaca oleh sistem iaitu : /etc/resolv.conf yang mana fail ini akan membaca pula 2 fail lain iaitu /etc/resolv.conf.head /etc/resolv.conf.tail 2. Fail .head akan dibaca dahulu. Fail .tail dibaca paling akhir 3.

Langkah untuk mount folder yang dikongsi di freenas dari komputer lain

Puji-pujian hanyalah baru Allah, Tuhan sekalian alam. Assalamualaikum. Setelah beberapa kali setup freeNas dan menghadapi masalah sama apabila selalu terlupa langkah-langkah yang sepatutnya untuk mount folder dalam freeNAS server, akhirnya aku pun letakkan la dalam blog ni. CONTOH ERROR : root@iman:~$ mount 192.168.90.204:/mnt/nas /home/data mount.nfs: timeout set for Sat May 26 09:42:54 2012 mount.nfs: trying text-based options 'tcp,vers=4,addr=192.168.90.204,clientaddr=192.168 .90.180' mount.nfs: mount(2): Protocol not supported mount.nfs: trying text-based options 'tcp,addr=192.168.90.204' mount.nfs: prog 100003, trying vers=3, prot=6 mount.nfs: trying 192.168.90.204 prog 100003 vers 3 prot TCP port 2049 mount.nfs: prog 100005, trying vers=3, prot=6 mount.nfs: trying 192.168.90.204 prog 100005 vers 3 prot TCP port 896 mount.nfs: portmap query failed: RPC: Timed out mount.nfs: mount to NFS server '192.168.90.204:/mnt/Dundee45' failed: timed out, gi

Ubah Konfigurasi FreeNAS secara tetap selepas boot

Assalamualaikum Ubah konfigurasi FreeNAS untuk /etc/hosts dan /etc/hosts.allow secara kekal Pada asalnya konfigurasi freeNAS tidak dilakukan secara tetap memandangkan pelayan freeNAS jarang sekali kita reboot. Tapi sesuatu terjadi minggu lepas menjadikan pelayan freeNAS mati dua, tiga hari. Nasib baiklah masih tiada apa2 sistem lagi yang guna server tu. Jadi, apabila reboot semula, agak susah pula untuk mount dari komputer sendiri. Dan terpaksa pula kita ssh ke freeNAS untuk ubah setting dalam /etc/hosts dan /etc/hosts.allow. Tapi yang peliknya bila server freeNAS kita boot, setting kembali kepada asal. Cari punya cari, rupanya2 setting freeNAS akan disalin semula semasa boot. Ini menjadikan sistem kembali asal. Oleh itu kita perlu ubah file konfigurasi di dalam /conf/base/etc kerana file dalam folder tersebut akan disalin semasa freeNAS sedang boot. FreeNAS OS menggunakan freeBSD. Aku letak OS ni dalam usb flashdrive 4G dan OS akan boot dari situ. Isu K

Pendirian Islam dalam Penggunaan Perisian Cetak Rompak : Satu Muhasabah

Assalamualaikum "Ya Rahman Ya Rahim. Hanya kepadaMu sahaja aku menyembah dan meminta bantuan... Amin Ya Rabbal Alamin" Kali ini saya ingin utarakan satu isu yang sudah lama terfikir dan nak diketengahkan. Alhamdulillah hari ini ada kelapangan dan idea untuk menulis isu ini. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada mufti dan alim ulamak , fatwa membeli dan menggunakan perisian cetak rompak adalah haram dan sebarang keuntungan daripada hasil perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak adalah syubhah. Mengikut Majlis Kesatuan Ulama Sedunia dan keputusan Majlis Fatwa Eropah juga telah menfatwakan hukum yang sama. Boleh rujuk di :  http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/723-barang-cetak-rompak-a-fotocopy-buku.html Namun post saya hari ini cuma ingin memberi peringatan terhadap diri sendiri sebagai muhasabah dan mungkin boleh mencetuskan rasa takut kepada balasan Tuhan di dunia dan akhirat nanti. Syubhah    Menggunakan pe

php mysql_connect mysql , sedikit perkongsian ilmu

Assalamualaikum.. "Ya Allah, aku berdoa kepadaMu dengan segala kebaikan seperti yang Rasulullah doakan, dan aku juga berdoa kepadaMu agar dijauhkan dari segala keburukan seperti yang Rasulullah doakan.. Amin Ya Rabbal Alamin.." Oleh kerana terlalu ingin cepat siapkan sistem, terlalai untuk memeriksa kod untuk mysql_connect dalam fail dbconfig.php. $db1 = mysql_connect('db1.hu.sm.my', 'sistem1', 'password1'); $db2 = mysql_connect('db2.hu.sm.my', 'sistem2', 'password2', TRUE ); mysql_select_db('dbname1', $db1); mysql_select_db('dbname2', $db2); Oleh kerana kedua mysql_connect ini adalah menggunakan berlainan parameter, maka php mysql_connect tidak memerlukan parameter ketiga untuk $db2. Dan kerana kelemahan diri ini, tak tersangka-sangka yang satu perkataan itu telah menyebabkan setiap kali sistem memanggil fail ini untuk sambungan kepada pangkalan data, $db2 akan mencipta link baru bermakna

Malaysia Open Source Conference 2012 - Enterprising Open Source

Assalamualaikum    "Tiada daya dan kekuatan (yang memudaratkan dan memanfaatkan) melainkan Allah" Dah tiba masanya untuk tahun ini Persidangan Sumber Terbuka Malaysia diadakan. Persidangan peringkat antarabangsa ini sebenarnya amat banyak membuka mata dan peluang untuk diceburi dan dijelajahi. Sejak berkhidmat di HUSM, dah 3 kali rasanya aku join MOSC. Tahun lepas aku diberikan tugas berat bila diminta menjadi pembentang kertas kerja yang sama-sama diusahakan oleh rakan setugas. Namun, nak naik pentas dan membentang dalam bahasa inggeris itu adalah satu cabaran yang agak getir. Lagipun diri ni memang mudah berdebar bila nak naik pentas pun. Tapi hasil daripada tu, selangkah-demi selangkah kami mampu meneroka alam luar. Sehingga kini masih lagi menyibukan diri mencari dan menelaah teknologi baru dalam sumber terbuka untuk diaplikasikan dalam sistem hospital. Alhamdulillah, sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah. Jika dico

Bangun Dari LAN ( WAKE ON LAN)

Assalamualaikum     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Tuhan yang Maha Alim dan Maha Kuasa. Ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami. Kasihilah dan Sayangilah kedua ibu-bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu. Tutorial Bangun Dari LAN ( Wake on LAN )  InsyaAllah dalam tutorial ini saya akan berikan penerangan ringkas cara-cara untuk menghidupkan komputer / server dengan menggunakan kad rangkaian dari komputer lain. Teknologi WakeOnLan adalah salah satu cara untuk memudahkan kita on mana-mana nod dalam rangkaian dengan menghantar isyarat khas kepada kad rangkaian supaya papan induk nod tersebut menghidupkan suis kuasa. Amat memudahkan kita untuk bekerja secara jauh. Tutorial ini akan menggunakan Slackware 13.37 dengan kad rangkaian yang tersedia wake on lan Keperluan - Kad Rangkaian yang ada wakeonelan ( wol ) - berada dalam rangkaian - no MAC kad rangkaian Tetapan 1. Pastikan kad rangkaian ad

RAID 5, mdadm, slackware 64, 6 Buah HDD dengan tambahan kipas =)

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita. Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.  Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas. Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.  Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut. Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. Assalamualaikum         Selalunya terasa macam tak cukup masa je untuk update blog ni padahal niat untuk berkongsi ilmu itu satu yang baik dan setiap yang baik itu dari Allah. Tapi rasa malas itu menebal dan kemahuan untuk menaip blog ni memang lemah.        Jadi, sebaik-baiknya adalah berdoa dan alhamdulillah bila tanya pakcik google, mmg ramai yang share pasal doa ni. Jazakallahukhairan RAID 5, 6 Buah HDD, Slackware64 dan mdadm Gambar di atas adalah cita-cita kami untu

Linux HA : Cadangan Pembinaan Server

Assalamualaikum          Hanya dengan bertawakkal kepada Allah sahajalah kita akan mendapat ketenangan semasa di dunia ini dan kebaikan di akhirat. Ya Allah aku berserah kepadaMu hidupku dan matiku. Kasihanilah aku, jauhilah aku dari sifat riak dan takabbur yang sesungguhnya itu adalah penyakit-penyakit hati yang menjadikan hati rosak.  Niat untuk menyiapkan tutorial Slackware - Corosync - Pacemaker sebenarnya masih lagi menebal. Namun keyakinan untuk meletakkan tutorial itu masih lagi rendah sebabnya diri sendiri pun masih was-was dengan kebolehan diri ini untuk membuat pemulihan jika berlaku salah satu pelayan terhenti. Jadi, saya ingin cuba secara nyata kebolehan sebenar server yang disetkan perkara-perkara berikut : 1. s/w RAID ( mdadm ) 2. Redundant network card 3. Slackware server ( Super Small Server ) : kernel 3.0 4. Corosync - Pacemaker - DRBD - OCFS2 5. Sistem Perkongsian Dokumen Cloud menggunakan Ruby on Rails 6. Pangkalan data MySQL Dan komputer p

Menyambut Panggilan Allah

Assalamualaikum.. "...Akan tetapi,Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-Kuberpanjangan,supaya kamu bersyukur kepada-Ku banyak-banyak, dan supayakamu bertasbih kepada-Ku pagi dan petang...."  -- Pengajaran diatas adalah sebahagian daripada pengajaran 3 yang dipetik dari buku “Nasihat DanBimbingan Hadis-Hadis Qudsi”-Imam Ghazali.(Al-Hidayah Publisher) Sesungguhnya tidak ada apa yang kita punyai ini adalah hak kita termasuklah tangan ini, mata ini, otak ini, mulut, hidung dan seluruh anggota ini adalah hak Allah. Jika henda kita syukurkan seluruh nikmat dan kurniaan Ar-Rahman, sesungguhnya tiadalah mampu dan tiadalah daya kita sedangkan seinci gerak jari ini menekan kekunci di atas papan kekunci ini juga adalah di atas kurniaan Allah SWT. Post kali ini juga tidak berkenaan teknologi sumber terbuka memandangkan sekarang fokus utama adalah menyiapkan sistem pengurusan dokumen untuk hospital. Tapi post kali ini agak menarik juga insyaAllah kerana saya ingin be

Perjalanan Tak Sempurna

Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.  Perjalanan Tak Sempurna    Meletakkan diri diselubungi rasa-rasa yang menusuk-nusuk hati dan seterusnya menjadikan hati dipupuk rasa negatif menjadikan kehidupan tidak lagi tenteram dan gembira. Mungkin dengan ego dan kedegilan boleh kita mengaku "aku hepi je, ada aku kesah?". Tapi alasan yang menunjukkan kita hanyalah mempertahankan perasaan sendiri sebenarnya hanyalah mempertahankan ego dan kedegilan.  Bebaskan diri daripada rasa-rasa negatif merujuk kepada hati yang sentiasa bersih dari rasa-rasa negatif. Hanya satu sahaja jalan ke arah hati yang bersih, positif dan redha ( hati yang gembira dalam konteks sebenarnya) hanyalah melalui penghayatan agama Islam atau rasa keAgungan Allah yang utuh dalam hati. Hanya dengan itu sahajalah kita berjaya menurunkan ego dan kedegilan dan seterusnya menjurus kepada redha dan kemaafan. Yang mana, kita maklum dan faham dengan mengutama

Kompil Kernel Linux-3.2.2 dalam Slackware 13.37

Bismillahirrahmanirrahim.   Segala puji-pujian hanyalah padaMu Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya segala kebaikan daripadaMu, segala keindahan daripadaMu, segala ketenangan, kesenangan, rezeki, ilmu, usaha, daya dan apa sahaja yang ada padaku ini adalah daripada Mu Ya Allah.  Ampunilah dosa dan ketelanjuranku, sesungguhnya tiada Tuhan melainkanMu Ya Allah, segala puji hanyalah padaMu dan sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim. Assalamualaikum WBT Jika diimbas kembali, bagaimana caranya daripada tujuan membina kelompok pelayan, timbul pula isu kompil kernel. Imbas sejenak    Mulanya instal corosync, setelah belajar sikit demi sedikit pasal corosync, timbul keperluan untuk instal drbd ( keseragaman data segerak ). Kemudian untuk menjadikan DRBD satu yang ampuh, perlu pula install OCFS2. Dari situ, DRBD dapat berfungsi dengan baik dan percubaan untuk keseragaman data memang berjaya. Alhamdulillah. DRBD berfungsi dengan baik menggunakan OCFS2 sebagai sistem fail. Sete