Langkau ke kandungan utama

Ubah Konfigurasi FreeNAS secara tetap selepas boot




Assalamualaikum






Ubah konfigurasi FreeNAS untuk /etc/hosts dan /etc/hosts.allow secara kekal


Pada asalnya konfigurasi freeNAS tidak dilakukan secara tetap memandangkan pelayan freeNAS jarang sekali kita reboot. Tapi sesuatu terjadi minggu lepas menjadikan pelayan freeNAS mati dua, tiga hari. Nasib baiklah masih tiada apa2 sistem lagi yang guna server tu.


Jadi, apabila reboot semula, agak susah pula untuk mount dari komputer sendiri. Dan terpaksa pula kita ssh ke freeNAS untuk ubah setting dalam /etc/hosts dan /etc/hosts.allow. Tapi yang peliknya bila server freeNAS kita boot, setting kembali kepada asal.

Cari punya cari, rupanya2 setting freeNAS akan disalin semula semasa boot. Ini menjadikan sistem kembali asal.


Oleh itu kita perlu ubah file konfigurasi di dalam /conf/base/etc kerana file dalam folder tersebut akan disalin semasa freeNAS sedang boot.


FreeNAS OS menggunakan freeBSD. Aku letak OS ni dalam usb flashdrive 4G dan OS akan boot dari situ.

Isu Kita
- Perlu masukkan ip server aplikasi kedalam list hosts dan hosts.allow
- hosts dan hosts.allow akan ditulis semula setelah FreeNAS boot semula
- Perlu edit kedua fail hosts dan hosts.allow ni pada /conf/base/etc
- /conf/base/etc dimount secara read-only ( tidak boleh edit )



Oleh itu, perlu mount / sebagai rw dulu

mount -o rw /dev/ufs/FreeNASs1a /


kemudian edit fail hosts dalam /conf/base/etc/hosts

nano /conf/base/etc/hosts   

tambah ayat macam di bawah


10.1.1.123          namaserver.domain.demo 

Kemudian simpan la..


edit pula fail /conf/base/etc/hosts.allow



nano /conf/base/etc/hosts.allow  

tambah ayat macam di bawah

ALL : domain.name.my 10.1.1.123 : allow


simpan dengan alt-o, enter.

Reboot

Pada dasarnya, kita telah edit fail-fail yang akan ditulis semula selepas FreeNAS diboot semula. Dalam kes aku ni, aku install FreeNAS diatas USB flash drive.

Setelah boot. Jangan lupa kita tambah juga ip server FreeNAS pada /etc/hosts di server aplikasi kita.
Juga pada hosts.allow di server aplikasi.


boleh la mount dengan arahan di bawah


pada server aplikasi :

mount 10.1.1.111:/mnt/datanas /var/nasdisk


*dimana /mnt/datanas berada di FreeNAS server
* /var/nasdisk berada dalam server aplikasi
* sila mkdir /var/nasdisk la dulu ... ;)



Setakat itu sahaja.. nak tahu lebih pasal FreeNAS, boleh la baca laman wiki dia.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Load Balancing dengan Nginx dan Puma

Load Balancing dengan Nginx dan Puma Tutorial ini adalah sangat ringkas hanya untuk menunjukkan kebolehan nginx sebagai load balancer yang dapat menjadi 'orang tengah' antara banyak server di belakangnya Keperluan 1. Paling kurang 2 server aplikasi 2. Satu server diinstall nginx Contoh Persekitaran yang sekarang 1. server1: os: debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 2. server2: myaplication2.yusdirman.com os:debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 3. nginx diinstall di server1 /ets/nginx/nginx.conf setup (default): worker_processes  2; worker_processes  auto; worker_rlimit_nofile 65536; error_log  logs/error.log  notice; error_log  logs/error.log  info; events {   worker_connections  65536; } http {   include       mime.types;   default_type  application/octet-stream;   sendfil...