Assalamualaikum..... Tutorial ini menunjukkan cara membuat RAID cara perisian dengan menggunakan mdadm (linux) di bawah Sistem Pengoperasian Slackware. Terus ke Tutorial Pengenalan Raid merujuk kepada redundant array of independent disk ataupun dalam bahasa melayu lebih kurang bunyinya tindanan disk yang berasingan. Secara pemahamannya, sebilangan hd berlainan yang digabung menjadi satu samada dengan saiz sama tapi banyak salinan, atau saiz lebih besar (jumlah semua saiz hd). Contohnya , Katakan kita ada 2 HD 50GB Kita boleh jadikan satu HD 100GB dengan menggunakan raid. Raid ini dipanggil Disk Stripping ( Selang Seli HD ). ATAUPUN Kita boleh jadikan 2 HD berkongsi segala maklumat serupa di kedua-dua HD. Apa yang HD pertama ada, HD kedua juga turut ada data yang sama. Raid ini dipanggil Disk Mirroring atau Kembar HD ( Cermin HD macam tak sampai maksud "kedua HD adalah sama", so aku guna "kembar" untuk sampaikan maksudnya ) gambarannya...
Nukilan Linux, Slackware, Server, System Admin, Programming dan Mungkin sedikit cetusan rasa