Langkau ke kandungan utama

Langkah untuk mount folder yang dikongsi di freenas dari komputer lain


Puji-pujian hanyalah baru Allah, Tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum.

Setelah beberapa kali setup freeNas dan menghadapi masalah sama apabila selalu terlupa langkah-langkah yang sepatutnya untuk mount folder dalam freeNAS server, akhirnya aku pun letakkan la dalam blog ni.


CONTOH ERROR :



root@iman:~$ mount 192.168.90.204:/mnt/nas /home/datamount.nfs: timeout set for Sat May 26 09:42:54 2012mount.nfs: trying text-based options 'tcp,vers=4,addr=192.168.90.204,clientaddr=192.168 .90.180'mount.nfs: mount(2): Protocol not supportedmount.nfs: trying text-based options 'tcp,addr=192.168.90.204'mount.nfs: prog 100003, trying vers=3, prot=6mount.nfs: trying 192.168.90.204 prog 100003 vers 3 prot TCP port 2049mount.nfs: prog 100005, trying vers=3, prot=6mount.nfs: trying 192.168.90.204 prog 100005 vers 3 prot TCP port 896mount.nfs: portmap query failed: RPC: Timed outmount.nfs: mount to NFS server '192.168.90.204:/mnt/Dundee45' failed: timed out, giving up



Secara ringkas ( sebelum terlupa )

1. Andaikan server freeNAS telah hidup dan alamat ipnya adalah : 10.1.1.112. 

2. folder yang kita kongsi di freeNAS adalah /mnt/nas.

Tutorial freeNAS : http://doc.freenas.org/index.php/Unix_(NFS)_Shares

3. Server yang akan guna folder yang dikongsi adalah : 10.1.2.12, slackware64 13.37dan kita nak mount folder itu pada /home/data


Ini adalah langkah-langkah yang aku buat..

Dalam 10.1.2.12
1. Jadikan /etc/rc.d/rc.nfsd boleh dilarikan selepas sistem boot.

root@iman:/home/diman# chmod a+x /etc/rc.d/rc.nfsd    

2. Larikan rc.nfsd



root@iman:/home/diman# /etc/rc.d/rc.nfsd start

3. Jadikan /etc/rc.d/rc.rpc boleh dilarikan selepas sistem boot.



root@iman:/home/diman# chmod a+x /etc/rc.d/rc.rpc
4. Larikan rc.rpc



root@iman:/home/diman# /etc/rc.d/rc.rpc start
5. Pastikan ip dns dalam /etc/resolv.conf adalah betul. ( bagi server yang disetkan ip secara manual, perlu kemaskini alamat ip dns dalam fail ini )

6. shh ke server freeNAS untuk mendapatkan rsa key dalam .ssh/known_hosts




root@iman:/home/diman# ssh root@10.1.1.11
dan masukkan password root





Dalam 10.1.1.11 ( freeNAS server )


1. Pastikan ip dns dalam /etc/resolv.conf adalah betul. ( bagi server yang disetkan ip secara manual, perlu kemaskini alamat ip dns dalam fail ini )

2. ssh kepada komputer yang akan guna folder kongsi tadi




root@iman:/home/diman# ssh root@10.1.2.12
dan masukkan password untuk root
kemudian exit untuk kembali ke semula ke server freeNAS


3. restart mount.d dalam freeNAS



root@freeNAS ~# /etc/rc.d/mountd restart



Stopping mountd.
Starting mountd.
[root@freenas] ~#
*oleh kerana server freeNAS menggunakan freeBSD, susunan dan penamaan fail dalam /etc/rc.d/ adalah berbeza dengan slackware.


Dalam 10.1.2.12 ( pc klien )

1. Mount folder dalam server freeNAS

root@diman: /home# mount 10.1.1.11:/mnt/nas /home/data
root@diman: /home#
2. Periksa semula mount kita dengan arahan mount di pc klien



root@edocs:~# mount
/dev/root on / type ext4 (rw,relatime,barrier=1,data=ordered)
proc on /proc type proc (rw)
sysfs on /sys type sysfs (rw)
/dev/md2 on /var type ext4 (rw)
/dev/md3 on /usr type ext4 (rw)
tmpfs on /dev/shm type tmpfs (rw)
10.1.127.229:/mnt/nasdisk on /var/www/htdocs/edokumen/uploads/edocs type nfs (rw,addr=10.1.127.229)
10.1.126.20:/mnt/nas on /home/data type nfs (rw,addr=10.1.126.20)
root@edocs:~# 


Kesimpulan

1. Pastikan servis nfsd dan rpc pada klien telah dilarikan
2. Pastikan alamat ip dns telah disetkan pada kedua pc
3. dapatkan ssh rsa key supaya kedua pc mengenali antara satu sama lain
4. Larikan semula servis mountd pada server freeNAS.
5. mount sekali lagi.






Jika tidak dapat juga, silalah rujuk ke forum freeNAS pada websitenya. Mungkin ada error lain atau cara lain yang lebih tepat dari yang di atas.


http://forums.freenas.org/forum.php




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...