Langkau ke kandungan utama

FreeNas : Pemulihan Semula

Pemulihan Semula FreeNAS USB media





Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. 

Sesungguhnya kita amat fakir dengan segala kebaikan daripada Allah kerana dalam setiap gerak dan nafas kita semuanya terkandung Rahmat dan Rahman Allah. Memang sesungguhnya tiada daya dan usaha melainkan daya dan usaha Allah SWT yang Maha Agung dan Maha Perkasa.



Sesuatu telah terjadi minggu lepas, masa tu ramai orang cuti. Mulanya tak perasan tapi kemudia terperasan juga sebab server freeNAS tak hantar emel report harian. Apabila reboot semua server, aku takleh nak ping dari station sendiri. Nampaknya server freeNAS dah tak hidup.

Aku masuk bilik server dan sambung monitor untuk tengok apa jadi. FreeNAS lansung tidak boot. Malah keluar mesej ralat. USB pendrive yang aku boot sistem tu mungkin dah rosak. Aku cuba nak baiki sebab lepas scan, ada beberapa blok rosak. Aku cuba boot dengan hiren boot cd versi 9.9, guna aplikasi HDD generator namun selepas 24 jam aku larikan baikpulih, baru 12% je siap sedangkan usb pendrive tu saiznya 4GB je. Sebelum ni aku buat untuk HDD yang besarnya beratus GB pun beberapa jam je.

Jadi aku rasa cara ni tak praktikal. Pendrive tu secara rasminya aku isytiharkan rosak atau perlu diformat semula. Aku amik satu lagi pendrive lain dan install semula freeNAS OS yang terbaru ( versi 8.3.0) semasa blog ini ditulis.

Dari situ aku dapati, OS (data) dalam pendrive ni sebenarnya statik sebabnya tak banyak maklumat yang disimpan dalam pendrive ni. Semua data dan metadata fail yang banyak dalam NAS disk sebelum ini adalah tersimpan dengan selaman dalam HDD.


Jadi, selepas aku boot semula freeNAS yang baru ni, aku cuma import je semula volume zfs yang telah sedia ada dalam HDD. Tak sampai 10 minit selepas aku akses ke GUI web freeNAS ni, aku dapat semula semua fail yang tersimpan dalam HD sebelum ini.


Terdetik dalam otak yang sepatutnya aku boleh sediakan 2/3 pendrive yang mempunyai imej yang sama pada server freeNAS. Jika salah satu pendrive tu rosak, aku cuma reboot semua server dengan pendrive lain memandangkan data di dalam pendrive tu adalah statik.

Namun ini hanyalah idea dalam kepala aku je. Aku tak praktik lagi.


Tapi yang penting, ada beberapa langkah yang aku perlu buat untuk menjayakan buah fikiran aku tadi.


  1.  Setup semula freeNAS dalam pendrive.
  2.  Boot guna pendrive freeNAS yang baru tu
  3.  setup semua yang perlu semula 
    1. Setup network, web ui dll
    2. setup username, pwd, admin, services dll
    3. setup ssh knownhost dll
  4. shutdown dan kemudian create image dengan menggunakan pendrive tu
  5. Burn image tu kedalam pendrive lain
  6. pasang semua ke server dan on server

Ada dua benda yang aku nak highlight kat sini.


1. Sistem yang aku buat tu taklah begitu kritikal penggunaannya. Jadi kalau server tidak hidup sehari-dua pun user hanya akan telefon dan tanya sepatah je. Maka sempat la nak tukar n install balik semua sekali.

2. Segala data dan fail dalam zfs volume ( jumlah semua 6 HDD ) tu selamat dan snapshot diambil dan disimpan setiap jam, setiap hari. Jika ada berlaku apa-apa, kita boleh up balik mana-mana snapshot ataupun kita boleh import volume zfs tu ke dalam server freeNAS yang lain.


Setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini. Agak melegakan hati sebenarnya menggunakan freeNAS sebagai Sistem Operasi untuk uruskan storan. Mungkin lepas ni pendrive tu kita boleh mirror dan kita ada 'redundant point of OS' supaya sistem boleh kurangkan masa tak hidup.


Wallahuallam. Segala Puji adalah bagi Allah yang telah mengurniakan rezeki, peluang dan ilmu ini untuk kita sama-sama nikmati.

-- Jom kita bantu sesama muslim dalam ekonomi dengan membeli dan menggunakan barangan buatan Muslim --





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...