Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Tak Sempurna


Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. 


Perjalanan Tak Sempurna


   Meletakkan diri diselubungi rasa-rasa yang menusuk-nusuk hati dan seterusnya menjadikan hati dipupuk rasa negatif menjadikan kehidupan tidak lagi tenteram dan gembira. Mungkin dengan ego dan kedegilan boleh kita mengaku "aku hepi je, ada aku kesah?". Tapi alasan yang menunjukkan kita hanyalah mempertahankan perasaan sendiri sebenarnya hanyalah mempertahankan ego dan kedegilan.

 Bebaskan diri daripada rasa-rasa negatif merujuk kepada hati yang sentiasa bersih dari rasa-rasa negatif. Hanya satu sahaja jalan ke arah hati yang bersih, positif dan redha ( hati yang gembira dalam konteks sebenarnya) hanyalah melalui penghayatan agama Islam atau rasa keAgungan Allah yang utuh dalam hati. Hanya dengan itu sahajalah kita berjaya menurunkan ego dan kedegilan dan seterusnya menjurus kepada redha dan kemaafan. Yang mana, kita maklum dan faham dengan mengutamakan kemaafan dan keredhaan hati ini daripada rasa-rasa benci, buruk sangka, sombong, bongkak dan angkuh ini, barulah hati menjadi tenang, dan rasa gembira sebenarnya dapat dicapai.

Amatlah rugi bagi seseorang menyimpan dendam atau sakit hati bertahun-tahun lamanya malah lebih rugi jikalah dendam itu telahpun diminta kemaafan dari pelakunya namun kita gagal memaafkannya. Lebih memburukkan keadaan hati kita bilamana kita menghukum orang lain yang tidak berdosa hanyalah kerana mereka mempunyai persamaan dari segi rupa, asal dan budaya, yang tiada kaitan dengan peristiwa yang menjadi faktor kepada dendam itu.

Rugilah kita hidup dalam keadaan tidak berusaha membetulkan dan meningkatkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta kerana tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadah dan bumi ini tidak lain dan tidak bukan adalah tempat untuk melakukan solat. ( rujuk hadis )

Bersihkanlah hati dengna meminta maaf, menberikan maaf, redha-meredhai dan sentiasa senyum dan ramah. InsyaAllah akan kita dikurniakan kebahagiaan yang hakiki dan rasa cukup-mencukupi. Wallahuallam


* takde idea nak tulis pasal IT n Linux malam ni. Just terlintas benda2 di atas sebelum menulis..


Assalamualaikum








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Load Balancing dengan Nginx dan Puma

Load Balancing dengan Nginx dan Puma Tutorial ini adalah sangat ringkas hanya untuk menunjukkan kebolehan nginx sebagai load balancer yang dapat menjadi 'orang tengah' antara banyak server di belakangnya Keperluan 1. Paling kurang 2 server aplikasi 2. Satu server diinstall nginx Contoh Persekitaran yang sekarang 1. server1: os: debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 2. server2: myaplication2.yusdirman.com os:debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 3. nginx diinstall di server1 /ets/nginx/nginx.conf setup (default): worker_processes  2; worker_processes  auto; worker_rlimit_nofile 65536; error_log  logs/error.log  notice; error_log  logs/error.log  info; events {   worker_connections  65536; } http {   include       mime.types;   default_type  application/octet-stream;   sendfil...