Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sumber terbuka

Tahap Kesediaan Tinggi Komputer Server - episod 'Software Raid 5 dengan 6 HDD'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Objektif : Gabungkan 6 buah HDD 1 TeraByte dengan menggunakan software RAID5. Resepi : 6 Buah HDD 1 TB Server dengan 6 slot sata (Dalam kes aku, how swappable - boleh sedia-tukar) linux installer ( aku guna slackware hanya untuk buat RAID, tapi server nanti install debian) Struktur bahagian HDD: bahagian 0 : / : raid5 (bahagian root) : 20GB, akan menjadi 100GB setelah RAID5 bahagian 1 : /boot : raid1 (mirror) : 10GB bahagian 2 : /swap : raid 1 (mirror) : 8GB bahagian 3 : [data] : raid5 (tidak dimount, khusus untuk tujuan DRBD) Methodologi : 1. pasang HDD pada keenam-enam sata 2. pasang installer linux 3. Boot server pada installer linux (DVD) 4. Mulakan mod arahan (command mode) 5. pastikan HDD yang terpasang cukup 6. (check pada bios / gunakan arahan fdisk -l) 6. buat bahagian mengikut keperluan masing2. Akunyer server ikut di bawah ni dan tuto...

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Bismillahir Rahmanir Rahim... Assalamualaikum Warah Matullahi Taala Wabarokatuh  Dengan sejunjung puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Berdiri sendiri dan Maha Kuasa. Dengan RahmatNya, dengan RahmanNya kita masih lagi melata di bumiNya mencari sesuap rezeki yang ditentukanNya.. Semoga usaha mencari rezeki dan nafkah kita adalah ikhlas keranaNya, dan moga Allah merahmati hati kita supaya cekal, cekap dan tabah untuk terus usaha dan tidak akan putus asa. Pepatah melayu yang menjadi tajuk penulisan hari ini ada pula kiasannya. Pencarian untuk menjayakan kelompok komputer pelayan menemukan satu jalan kearah pembelajaran tentang kernel linux itu sendiri. Kes nya apabila salah satu skrip untuk mengesan perkhidmatan ocfs2 menggunakan kata arahan modprobe :  #modprobe -s ocfs2_stackglue yang akan mengeluarkan ralat " Invalid module format" atau format modul adalah tidak sesuai dengan kernel yang sedang digunakan. Ini memerlukan kerne...

Slackware - Corosync - Pacemaker - Panduan Bahasa Melayu 01

Bismillahirrahmanirrahim Syukur kehadrat Ilahi kerana setiap sedut udara, setiap percikan cahaya, desiran bunyi, pergerakan anggota kita, ilham dan buah fikiran kita semuanya milik Allah. Syukur dan redha lah dengan segala nikmat yang tidak terhingga. Lihatlah tangan dan kaki, tulang-tulang yang tersusun di dalam daging, darah yang mengalir seluruh badan, jantung yang berdetik, paru-paru yang menyambung nafas.. setiap yang ada ini, milik Allah Tuhan Sekalian Alam...   Siapalah aku yang seluruhnya milikNya dan hanya padaNya lah aku sembah dan aku meminta pertolongan. Oleh itu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau Rahmati. Bukan jalan yang sesat dan yang Kau murkai.. Assalamualaikum..  Setup Komputer Pelayan dengan Kadar Capaian Tinggi [High Availability Server] Istilah masa-henti rendah [low down-time] ataupun 0.01 masa-henti dalah satu istilah yang mengagahkan mana-mana komputer pelayan. Maksudnya kadar capaian untuk sesuatu sistem teragih seperti l...

Jadikan Komputer Linux sebagai Pelayan Capaian kadar Tinggi ( High Availability Server )

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Syukur dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Yang menjadi Raja di hari pembalasan. Maka tiadalah aku tempat bergantung hanyala padaMu dan engkaulah Tuhan yang aku sembah. Maka tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau Redhai dan bukan jalan orang yang sesat dan Engkau Murkai. Setelah berhempas pulas mencari maklumat dan ilmu dalam dunia maya internet menerusi google, akhirnya hari ni berjaya juga la aku install semua pakej untuk jadikan komputer pelayan slackware di HUSM ni menjadi tinggi kadar capaiannya. Sifat ini dipanggil High Availability . Ada beberapa komponen pada komputer pelayan yang boleh dinaiktaraf untuk memungkinkan ianya meningkatkan kadar capaiannya.  Antara konsep yang paling tinggi aplikasinya adalah konsep bertindan ( berkembar, berbilang, redundant ). Secara pemahaman mudahnya adalah menggandakan semua komponen sebagai sokongan jika salah sa...

Kad Rangkaian Bertindan - Sambungan

Assalamualaikum Hari ini dah 2 buah server yang aku dah buat tindanan kad rangkaian ni. Dan hari ni aku terjumpa satu pemahaman tentang kod dalam rc.bond yang dibuat dalam catatan kad rangkaian bertindan  sebelum ni. Mari kita tengok kod bash rc.bond #!/bin/sh #         case "$1" in           'start')             echo "start bond0"             #modprobe bonding mode=balance-alb miimon=100             modprobe bonding mode=balance-rr miimon=100             modprobe tg3             ifconfig bond0 up             ifenslave bond0 eth0       ...