Langkau ke kandungan utama

Pendirian Islam dalam Penggunaan Perisian Cetak Rompak : Satu Muhasabah


Assalamualaikum
"Ya Rahman Ya Rahim. Hanya kepadaMu sahaja aku menyembah dan meminta bantuan... Amin Ya Rabbal Alamin"


Kali ini saya ingin utarakan satu isu yang sudah lama terfikir dan nak diketengahkan. Alhamdulillah hari ini ada kelapangan dan idea untuk menulis isu ini.

Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada mufti dan alim ulamak , fatwa membeli dan menggunakan perisian cetak rompak adalah haram dan sebarang keuntungan daripada hasil perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak adalah syubhah.

Mengikut Majlis Kesatuan Ulama Sedunia dan keputusan Majlis Fatwa Eropah juga telah menfatwakan hukum yang sama.

Boleh rujuk di : 


Namun post saya hari ini cuma ingin memberi peringatan terhadap diri sendiri sebagai muhasabah dan mungkin boleh mencetuskan rasa takut kepada balasan Tuhan di dunia dan akhirat nanti.

Syubhah

   Menggunakan perisian cetak rompak untuk melakukan perniagaan dan seterusnya mendapat untung (pendapatan) daripada perniagaan itu adalah syubhah. 
 “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."  
(Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas membicarakan perihal syubhah. 

Mulanya aku rasa macam "takpe la kot, syubhah je, bukan haram". Kemudian makin lama rasa makin bersalah dan berdosa. Apatah lagi duit daripada hasil kerja guna perisian cetak rompak tu aku gunakan untuk beli keperluan harian, untuk beli makanan dan mungkin untuk beri kepada isteri.

Dan duit yang aku gunakan itu adalah syubhah.

MasyaAllah.

Cuba berkira-kira semula jika aku mengeluarkan modal untuk membeli perisian tulen

MS Windows        : RM 300
Adobe Photoshop  : RM 2000 
Adobe Lightroom  : RM 1800
JUMLAH            : RM 4100

Itu keperluan minimum untuk seorang jurugambar.  Mengeluarkan RM 4100 memerlukan aku membuat pinjaman jangka pendek dan mungkin jika aku ada duit simpanan sebanyak itu, mungkin rasa sangat berat untuk habiskan dengan membeli perisian yang mana kita sendiri maklum, 4-5 tahun lagi, ia akan menjadi suatu yang lama.

Di sinilah terasa diri ini teruji. Adalah aku sanggup untuk menelan duit syubhah demi untuk menyelamatkan RM4100 dari saku poket aku?

Apa yang aku nak jawab pada Allah di akhirat nanti? Ataupun mungkin di dunia ini Tuhan akan menarik  rezeki aku kerana memakan duit syubhah.

Nauzubillah.

Aku tak dapat nak bayangkan duit keuntungan / gaji yang diterima hasil daripada menggunakan perisian cetak rompak itu telah dijatuhkan syubhah. Dan dengan duit itu aku membayar bil-bil rumah. Apatah lagi membeli makanan untuk nafkah isteri dan keluarga. Makanan yang dimakan oleh aku dan isteri adalah hasil dari duit syubhah. Kemudian menjadi darah daging. Darah daging daripada duit syubhah. 

Nauzubillah. Aku perlu hentikan ini. Berhenti menggunakan perisian cetak rompak.

Yang paling penting adalah usaha kita dan pengorbanan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Guna Perisian Sumber Terbuka

Alternatif lain yang sangat-sangat mudah untuk didapati adalah menggunakan perisian sumber terbuka. Percuma untuk didownload.

MS Windows => Ubuntu Sabily : Percuma
Adobe Photoshop => GIMP.org : Percuma
Adobe Lightroom => picasa dan banyak lagi perisian untuk simple editing. : percuma

Jumlah : RM 0.

Tahun ni adalah tahun keempat aku menggunakan sumber terbuka untuk mencari rezki samada dalam bidang pembangunan perisian atau fotografi. Alhamdulillah aku diberi kemudahan untuk kekal menggunakan sumber terbuka.

Dan yang paling penting daripada peristiwa ini aku dapat simpulkan bahawa Rahmat dan Hidayah Allah itu bukan suatu yang kita tunggu.

Dan apabila kita telah pun berusaha ke arahNya, maka Allah akan memudahkan perjalanan kita..




Tunaikan kewajipanmu kepada Tuhan, dan Tuhan akan menjagamu.. InsyaAllah..

Wallahuallam. Semoga menjadi iktibar kepada diri sendiri di masa depan..












Ulasan

  1. Cik.saya mmg nk guna ori tapi sy nk download ubuntu dri os tak ori.print resume dri os xori
    Jadi.macam mana ni.sy da pening smpi xanta resume sbb tkut kerja yg dpt haram.help me

    BalasPadam

Catat Ulasan

Comment

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...