Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komputer

Bersosial dengan Kod Program?

Assalamualaikum Lama dah tak menulis pasal programming. Kerja pun makin sibuk dan tugas pun makin banyak. Tapi, bila lama dah tak menulis, kepala mula mengarang ayat-ayat dengan sendiri. Salah satu tanda kerinduan untuk menekan papan kekunci ini untuk selain kod program. Dunia hari ini masih lagi dalam momentum ledakan media sosial yang memang amat berkuasa sehingga mampu mengalih sesebuah negara. Namun, bagi seseorang dalam bidang kejuruteraan perisian, sosial media adalah salah satu aplikasi yang digunakan untuk bersosial. Kita berkongsi gambar, teks, video, cerita, karangan, kisah lucu, kisah yang tak sepatutnya dikisahkan atau tak sepatutnya dikhabarkan pun dikongsi dalam media sosial. Namun, bagi juruaturcara, perkongsian kod aturcara adalah satu bentuk media sosial yang sangat 'trending' sekarang ini. Bersosial dengan Kod Program Penulisan kod program atau kod aturcara adalah periuk nasi bagi seseorang juruprogram, jurutera perisian, juruanalisa...

Kompil Kernel Linux-3.2.2 dalam Slackware 13.37

Bismillahirrahmanirrahim.   Segala puji-pujian hanyalah padaMu Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya segala kebaikan daripadaMu, segala keindahan daripadaMu, segala ketenangan, kesenangan, rezeki, ilmu, usaha, daya dan apa sahaja yang ada padaku ini adalah daripada Mu Ya Allah.  Ampunilah dosa dan ketelanjuranku, sesungguhnya tiada Tuhan melainkanMu Ya Allah, segala puji hanyalah padaMu dan sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim. Assalamualaikum WBT Jika diimbas kembali, bagaimana caranya daripada tujuan membina kelompok pelayan, timbul pula isu kompil kernel. Imbas sejenak    Mulanya instal corosync, setelah belajar sikit demi sedikit pasal corosync, timbul keperluan untuk instal drbd ( keseragaman data segerak ). Kemudian untuk menjadikan DRBD satu yang ampuh, perlu pula install OCFS2. Dari situ, DRBD dapat berfungsi dengan baik dan percubaan untuk keseragaman data memang berjaya. Alhamdulillah. DRBD berfungsi dengan baik menggunakan OCFS2 sebagai ...