Langkau ke kandungan utama

Malaysia Open Source Conference 2012 - Enterprising Open Source



Assalamualaikum

  
"Tiada daya dan kekuatan (yang memudaratkan dan memanfaatkan) melainkan Allah"



Dah tiba masanya untuk tahun ini Persidangan Sumber Terbuka Malaysia diadakan. Persidangan peringkat antarabangsa ini sebenarnya amat banyak membuka mata dan peluang untuk diceburi dan dijelajahi.

Sejak berkhidmat di HUSM, dah 3 kali rasanya aku join MOSC. Tahun lepas aku diberikan tugas berat bila diminta menjadi pembentang kertas kerja yang sama-sama diusahakan oleh rakan setugas. Namun, nak naik pentas dan membentang dalam bahasa inggeris itu adalah satu cabaran yang agak getir. Lagipun diri ni memang mudah berdebar bila nak naik pentas pun.

Tapi hasil daripada tu, selangkah-demi selangkah kami mampu meneroka alam luar. Sehingga kini masih lagi menyibukan diri mencari dan menelaah teknologi baru dalam sumber terbuka untuk diaplikasikan dalam sistem hospital.

Alhamdulillah, sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah. Jika dicongak-congak, mungkin ratusan juta duit rakyat dijimatkan sepanjang pembangunan sistem pengurusan hospital dengan menggunakan sumber terbuka.

MOSC sebenarnya menjadi pemangkin kepada kami dan semua pembangun dan 'pejuang' sumber terbuka di Malaysia untuk melebarkan sayap kemahiran dan peluang lebih-lebih lagi sektor kerajaan yang sekarang ini mengamalkan perbelanjaan berhemah dan tidak membazir.

Dan, bagi kami, mungkin dengan penjimatan ini, duit rakyat boleh digunakan untuk membeli ubat yang akan memanfaatkan lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan. InsyaAllah

Jom ke MOSC 2012. Walaupun hati ini ingin nak pegi, tapi nampaknya bajet HUSM tahun ini agak kurang, mungkin tidak mampu ke sana tahun ini.

Walaupun begitu, dalam hati ini sentiasa menyokong 110% usaha setiap pembangun perisian, penyelidik dan peneroka sumber terbuka untuk teruskan usaha dan teruskan berkongsi.


"Sharing is Caring" 

Berkongsi itu Cakna.. InsyaAllah..

Semoga diberkatiNya dirahmatiNya, dikasihiNya, disayangiNya, ditingkatkan darjat olehNya, diberikan rezeki yang luas olehNya dan dimasukkan ke dalam syurgaNya.

Amin ya Rabbal Alamin.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Load Balancing dengan Nginx dan Puma

Load Balancing dengan Nginx dan Puma Tutorial ini adalah sangat ringkas hanya untuk menunjukkan kebolehan nginx sebagai load balancer yang dapat menjadi 'orang tengah' antara banyak server di belakangnya Keperluan 1. Paling kurang 2 server aplikasi 2. Satu server diinstall nginx Contoh Persekitaran yang sekarang 1. server1: os: debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 2. server2: myaplication2.yusdirman.com os:debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 3. nginx diinstall di server1 /ets/nginx/nginx.conf setup (default): worker_processes  2; worker_processes  auto; worker_rlimit_nofile 65536; error_log  logs/error.log  notice; error_log  logs/error.log  info; events {   worker_connections  65536; } http {   include       mime.types;   default_type  application/octet-stream;   sendfil...