Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Tuhan yang Maha Alim dan Maha Kuasa. Ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami. Kasihilah dan Sayangilah kedua ibu-bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu.
Tutorial Bangun Dari LAN ( Wake on LAN )
InsyaAllah dalam tutorial ini saya akan berikan penerangan ringkas cara-cara untuk menghidupkan komputer / server dengan menggunakan kad rangkaian dari komputer lain.
Teknologi WakeOnLan adalah salah satu cara untuk memudahkan kita on mana-mana nod dalam rangkaian dengan menghantar isyarat khas kepada kad rangkaian supaya papan induk nod tersebut menghidupkan suis kuasa.
Amat memudahkan kita untuk bekerja secara jauh.
Tutorial ini akan menggunakan Slackware 13.37 dengan kad rangkaian yang tersedia wake on lan
Keperluan
- Kad Rangkaian yang ada wakeonelan ( wol )
- berada dalam rangkaian
- no MAC kad rangkaian
Tetapan
1. Pastikan kad rangkaian adalah tersedia wake on lan
#: ethtool eth0
Settings for eth0: Supported ports: [ TP MII ] Supported link modes: 10baseT/Half 10baseT/Full 100baseT/Half 100baseT/Full Supports auto-negotiation: Yes Advertised link modes: 10baseT/Half 10baseT/Full 100baseT/Half 100baseT/Full Advertised auto-negotiation: Yes Speed: 100Mb/s Duplex: Full Port: MII PHYAD: 1 Transceiver: internal Auto-negotiation: on Supports Wake-on: pumbg [ Nota: pastikan g ada ] Wake-on: g [ Nota: g : tersedia, d : tidak-sedia ] Current message level: 0x00000001 (1) Link detected: yes2. Jika kad rangkaian ada wake-on: g, maka kita boleh gunakan fungsi ini.
3. Jika kad rangkaian ada namun tidak-sedia, boleh gunakan arahan di bawah untuk ubah setting kepada tersedia.
#: ethtool -s eth0 wol g
dengan itu, kad rangkaian kita sedia menerima mesej arahan dari nod lain untuk hidupkan kuasa.
4. Dari PC lain, kita perlu software / program yang dapat menghantar mesej kepada kad rangkaian
Untuk Slackware, bolehlah download dan install pakej ini :
http://connie.slackware.com/~alien/slackbuilds/wakeonlan/build/
5. Dapatkan alamat MAC server / pc yang kita mahu hidupkan tadi.
# ifconfig eth0 Link encap:Ethernet HWaddr 00:16:k5:64:A9:68 [ Alamat MAC ] inet addr:192.168.6.56 Bcast:192.168.6.255 Mask:255.255.255.0 inet6 addr: fe80::216:17ff:fe6b:289/64 Scope:Link UP BROADCAST RUNNING MULTICAST MTU:1500 Metric:1 RX packets:3179855 errors:0 dropped:0 overruns:0 frame:0 TX packets:2170162 errors:0 dropped:0 overruns:0 carrier:0 collisions:0 txqueuelen:1000 RX bytes:3832534893 (3.5 GB) TX bytes:390304845 (372.2 MB) Interrupt:17
6. Padam ( shut down ) server.
7. Arahan di bawah akan menghidupkan semula server tadi :
#: wakeonlan 00:16:k5:64:A9:68
Sekian dahulu tutorial ini. Harap mendapat lindungan Rahmat daripada yang Maha Rahman. Sesungguhnya apa yang kita ada sekarang adalah sebenarnya asalnya tidak ada. Yang Maha Ada hanya lah Allah SWT.
Bertawakkallah dan Bertakwalah kepadaNya. InsyaAllah kita tergolong dalam golongan kekasihNya..
Maafkan kekurangan, ampunkan kesalahan, tegurlah yang mana buruk.
Dan segala yang baik itu adalah datang dari Allah, Tuhan sekalian alam.
wassalamualaikum
Ulasan
Catat Ulasan
Comment