Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sumber IT

Tahap Kesediaan Tinggi Komputer Server - episod 'Software Raid 5 dengan 6 HDD'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Objektif : Gabungkan 6 buah HDD 1 TeraByte dengan menggunakan software RAID5. Resepi : 6 Buah HDD 1 TB Server dengan 6 slot sata (Dalam kes aku, how swappable - boleh sedia-tukar) linux installer ( aku guna slackware hanya untuk buat RAID, tapi server nanti install debian) Struktur bahagian HDD: bahagian 0 : / : raid5 (bahagian root) : 20GB, akan menjadi 100GB setelah RAID5 bahagian 1 : /boot : raid1 (mirror) : 10GB bahagian 2 : /swap : raid 1 (mirror) : 8GB bahagian 3 : [data] : raid5 (tidak dimount, khusus untuk tujuan DRBD) Methodologi : 1. pasang HDD pada keenam-enam sata 2. pasang installer linux 3. Boot server pada installer linux (DVD) 4. Mulakan mod arahan (command mode) 5. pastikan HDD yang terpasang cukup 6. (check pada bios / gunakan arahan fdisk -l) 6. buat bahagian mengikut keperluan masing2. Akunyer server ikut di bawah ni dan tuto...

MDADM - tukar hard disk rosak dengan HOT SWAP di atas linux slackware 14

Assalamualaikum WBT   Puji-pujian yang terlayak hanyal untuk Allah Yang Maha Esa. Dialah yang Maha Menciptakan alam ini dan selayaknya untuk deberi segala Pujian. Dialah yang merajai Hari Pembalasan, Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani. Dengan nama-nama Allah yang Agung dan Dia Agungkan.. *UPDATE - aku dah cuba beberapa kali untuk tukar HD secara terus semasa server masih lagi  hidup dan sistem masih lagi jalan. langkah secara ringkas 1. guna mdadm --manage /dev/mdX --fail /dev/sdaX 2. guna mdadm --manage /dev/mdX --remove /dev/sdaX 3. guna hdparm -Y /dev/sda ( @ hdparm -y /dev/sda ?) 4. pastikan status HD dengan fdisk -l.  5. Cabut HD tanpa matikan server 6. Biarkan seketika / tengok /var/log/message 7. pasang semula HD 8. biarkan seketika / tengok status dengan fdisk -l 9. tambah semula HD kedalam tindanan RAID sedia ada mdadm --manage /dev/mdX --add /dev/sdaX 10. pa...

Slackware - Corosync - Pacemaker - Panduan Bahasa Melayu 01

Bismillahirrahmanirrahim Syukur kehadrat Ilahi kerana setiap sedut udara, setiap percikan cahaya, desiran bunyi, pergerakan anggota kita, ilham dan buah fikiran kita semuanya milik Allah. Syukur dan redha lah dengan segala nikmat yang tidak terhingga. Lihatlah tangan dan kaki, tulang-tulang yang tersusun di dalam daging, darah yang mengalir seluruh badan, jantung yang berdetik, paru-paru yang menyambung nafas.. setiap yang ada ini, milik Allah Tuhan Sekalian Alam...   Siapalah aku yang seluruhnya milikNya dan hanya padaNya lah aku sembah dan aku meminta pertolongan. Oleh itu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau Rahmati. Bukan jalan yang sesat dan yang Kau murkai.. Assalamualaikum..  Setup Komputer Pelayan dengan Kadar Capaian Tinggi [High Availability Server] Istilah masa-henti rendah [low down-time] ataupun 0.01 masa-henti dalah satu istilah yang mengagahkan mana-mana komputer pelayan. Maksudnya kadar capaian untuk sesuatu sistem teragih seperti l...

Kad Rangkaian Bertindan - Sambungan

Assalamualaikum Hari ini dah 2 buah server yang aku dah buat tindanan kad rangkaian ni. Dan hari ni aku terjumpa satu pemahaman tentang kod dalam rc.bond yang dibuat dalam catatan kad rangkaian bertindan  sebelum ni. Mari kita tengok kod bash rc.bond #!/bin/sh #         case "$1" in           'start')             echo "start bond0"             #modprobe bonding mode=balance-alb miimon=100             modprobe bonding mode=balance-rr miimon=100             modprobe tg3             ifconfig bond0 up             ifenslave bond0 eth0       ...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...