Langkau ke kandungan utama

Linux HA : Cadangan Pembinaan Server




Assalamualaikum 

        Hanya dengan bertawakkal kepada Allah sahajalah kita akan mendapat ketenangan semasa di dunia ini dan kebaikan di akhirat. Ya Allah aku berserah kepadaMu hidupku dan matiku. Kasihanilah aku, jauhilah aku dari sifat riak dan takabbur yang sesungguhnya itu adalah penyakit-penyakit hati yang menjadikan hati rosak. 


Niat untuk menyiapkan tutorial Slackware - Corosync - Pacemaker sebenarnya masih lagi menebal. Namun keyakinan untuk meletakkan tutorial itu masih lagi rendah sebabnya diri sendiri pun masih was-was dengan kebolehan diri ini untuk membuat pemulihan jika berlaku salah satu pelayan terhenti.

Jadi, saya ingin cuba secara nyata kebolehan sebenar server yang disetkan perkara-perkara berikut :

1. s/w RAID ( mdadm )
2. Redundant network card
3. Slackware server ( Super Small Server ) : kernel 3.0
4. Corosync - Pacemaker - DRBD - OCFS2
5. Sistem Perkongsian Dokumen Cloud menggunakan Ruby on Rails
6. Pangkalan data MySQL


Dan komputer pelayan ini sebenarnya akan menekankan kelebihan kapasiti cakera kerasnya kerana keperluan sistem ini yang membolehkan pengguna muat naik dokumen untuk dikongsi dengan pengguna lain di web ini.

Perancangan untuk RAID HDD


Bajet dan peruntukan yang makin meruncing tatkala ini, adalah sangat perlu untuk unit kami berfikir "sedetik lebih" :-) bagi menyelesaikan keperluan sistem ini dan memastikan keperluan pengguna tidak terganggu.

Dengan itu unit kami berbincang dengan hangat perkara ini dan satu resolusinya adalah dengan menggabungkan beberapa HDD yang kurang besar saiznya untuk menjadi lebih besar dengan menggunakan RAID 5 dan kebolehan peranti PCI-SATA-4 PORT.

Dengan setiap HDD berkapasiti 500GB, dengan raid 5, kapasiti terbesar adalah 1.5TB. Cuma kekurangan raid 5 adalah agak perlahan ketika proses menulis data.

4 x 500GB HDD, RAID 5 : Saiz Optimum didapati = 1500GB

Maka, sebuah komputer pelayan mampu memasang sehingga  8 buah HDD jika papan induk pelayan mampu menampung sehingga 4 sambungan SATA. Jadi, saiz terbesar boleh didapati adalah 3.5 TB sudah mampu untuk menampung keperluan sistem untuk beberapa tahun sehinggalah peruntukan dan bajet "kembali semula" kepada unit kami. InsyaAllah


Seperti contoh gambar di atas ni, 8 HDD dalam satu server 
(gambar ini hiasan sahaja, server di tempat kami bukan begini, :-D )






Setelah berjaya membina RAID 5 dengan 8 HDD nanti, saya akan update semula InsyaAllah. Moga Allah permudahkan perjalanan urusan ini dan semoga Allah kurniakan RahmatNya dengan memberikan kami daya ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini. InsyaAllah.


Sekian dahulu adanya.. selamat malam ..Assalamualaikum












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Load Balancing dengan Nginx dan Puma

Load Balancing dengan Nginx dan Puma Tutorial ini adalah sangat ringkas hanya untuk menunjukkan kebolehan nginx sebagai load balancer yang dapat menjadi 'orang tengah' antara banyak server di belakangnya Keperluan 1. Paling kurang 2 server aplikasi 2. Satu server diinstall nginx Contoh Persekitaran yang sekarang 1. server1: os: debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 2. server2: myaplication2.yusdirman.com os:debian application: ruby on rails web server : puma dns : myaplication1.yusdirman.com 3. nginx diinstall di server1 /ets/nginx/nginx.conf setup (default): worker_processes  2; worker_processes  auto; worker_rlimit_nofile 65536; error_log  logs/error.log  notice; error_log  logs/error.log  info; events {   worker_connections  65536; } http {   include       mime.types;   default_type  application/octet-stream;   sendfil...