Langkau ke kandungan utama

Catatan

php mysql_connect mysql , sedikit perkongsian ilmu

Assalamualaikum.. "Ya Allah, aku berdoa kepadaMu dengan segala kebaikan seperti yang Rasulullah doakan, dan aku juga berdoa kepadaMu agar dijauhkan dari segala keburukan seperti yang Rasulullah doakan.. Amin Ya Rabbal Alamin.." Oleh kerana terlalu ingin cepat siapkan sistem, terlalai untuk memeriksa kod untuk mysql_connect dalam fail dbconfig.php. $db1 = mysql_connect('db1.hu.sm.my', 'sistem1', 'password1'); $db2 = mysql_connect('db2.hu.sm.my', 'sistem2', 'password2', TRUE ); mysql_select_db('dbname1', $db1); mysql_select_db('dbname2', $db2); Oleh kerana kedua mysql_connect ini adalah menggunakan berlainan parameter, maka php mysql_connect tidak memerlukan parameter ketiga untuk $db2. Dan kerana kelemahan diri ini, tak tersangka-sangka yang satu perkataan itu telah menyebabkan setiap kali sistem memanggil fail ini untuk sambungan kepada pangkalan data, $db2 akan mencipta link baru bermakna ...

Malaysia Open Source Conference 2012 - Enterprising Open Source

Assalamualaikum    "Tiada daya dan kekuatan (yang memudaratkan dan memanfaatkan) melainkan Allah" Dah tiba masanya untuk tahun ini Persidangan Sumber Terbuka Malaysia diadakan. Persidangan peringkat antarabangsa ini sebenarnya amat banyak membuka mata dan peluang untuk diceburi dan dijelajahi. Sejak berkhidmat di HUSM, dah 3 kali rasanya aku join MOSC. Tahun lepas aku diberikan tugas berat bila diminta menjadi pembentang kertas kerja yang sama-sama diusahakan oleh rakan setugas. Namun, nak naik pentas dan membentang dalam bahasa inggeris itu adalah satu cabaran yang agak getir. Lagipun diri ni memang mudah berdebar bila nak naik pentas pun. Tapi hasil daripada tu, selangkah-demi selangkah kami mampu meneroka alam luar. Sehingga kini masih lagi menyibukan diri mencari dan menelaah teknologi baru dalam sumber terbuka untuk diaplikasikan dalam sistem hospital. Alhamdulillah, sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah. Jika dico...

Bangun Dari LAN ( WAKE ON LAN)

Assalamualaikum     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Tuhan yang Maha Alim dan Maha Kuasa. Ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami. Kasihilah dan Sayangilah kedua ibu-bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu. Tutorial Bangun Dari LAN ( Wake on LAN )  InsyaAllah dalam tutorial ini saya akan berikan penerangan ringkas cara-cara untuk menghidupkan komputer / server dengan menggunakan kad rangkaian dari komputer lain. Teknologi WakeOnLan adalah salah satu cara untuk memudahkan kita on mana-mana nod dalam rangkaian dengan menghantar isyarat khas kepada kad rangkaian supaya papan induk nod tersebut menghidupkan suis kuasa. Amat memudahkan kita untuk bekerja secara jauh. Tutorial ini akan menggunakan Slackware 13.37 dengan kad rangkaian yang tersedia wake on lan Keperluan - Kad Rangkaian yang ada wakeonelan ( wol ) - berada dalam rangkaian - no MAC kad rangkaian Tetapan 1. Pastikan ka...

RAID 5, mdadm, slackware 64, 6 Buah HDD dengan tambahan kipas =)

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita. Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.  Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas. Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.  Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut. Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. Assalamualaikum         Selalunya terasa macam tak cukup masa je untuk update blog ni padahal niat untuk berkongsi ilmu itu satu yang baik dan setiap yang baik itu dari Allah. Tapi rasa malas itu menebal dan kemahuan untuk menaip blog ni memang lemah.        Jadi, sebaik-baiknya adalah berdoa dan alhamdulillah bila tanya pakcik google, mmg ramai yang share pasal doa ni. Jazakallahukhairan RAID 5, 6 Buah HDD, Slackware64 dan mdadm Gambar di at...

Linux HA : Cadangan Pembinaan Server

Assalamualaikum          Hanya dengan bertawakkal kepada Allah sahajalah kita akan mendapat ketenangan semasa di dunia ini dan kebaikan di akhirat. Ya Allah aku berserah kepadaMu hidupku dan matiku. Kasihanilah aku, jauhilah aku dari sifat riak dan takabbur yang sesungguhnya itu adalah penyakit-penyakit hati yang menjadikan hati rosak.  Niat untuk menyiapkan tutorial Slackware - Corosync - Pacemaker sebenarnya masih lagi menebal. Namun keyakinan untuk meletakkan tutorial itu masih lagi rendah sebabnya diri sendiri pun masih was-was dengan kebolehan diri ini untuk membuat pemulihan jika berlaku salah satu pelayan terhenti. Jadi, saya ingin cuba secara nyata kebolehan sebenar server yang disetkan perkara-perkara berikut : 1. s/w RAID ( mdadm ) 2. Redundant network card 3. Slackware server ( Super Small Server ) : kernel 3.0 4. Corosync - Pacemaker - DRBD - OCFS2 5. Sistem Perkongsian Dokumen Cloud menggunakan Ruby on Rails 6. Pangkalan...

Menyambut Panggilan Allah

Assalamualaikum.. "...Akan tetapi,Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-Kuberpanjangan,supaya kamu bersyukur kepada-Ku banyak-banyak, dan supayakamu bertasbih kepada-Ku pagi dan petang...."  -- Pengajaran diatas adalah sebahagian daripada pengajaran 3 yang dipetik dari buku “Nasihat DanBimbingan Hadis-Hadis Qudsi”-Imam Ghazali.(Al-Hidayah Publisher) Sesungguhnya tidak ada apa yang kita punyai ini adalah hak kita termasuklah tangan ini, mata ini, otak ini, mulut, hidung dan seluruh anggota ini adalah hak Allah. Jika henda kita syukurkan seluruh nikmat dan kurniaan Ar-Rahman, sesungguhnya tiadalah mampu dan tiadalah daya kita sedangkan seinci gerak jari ini menekan kekunci di atas papan kekunci ini juga adalah di atas kurniaan Allah SWT. Post kali ini juga tidak berkenaan teknologi sumber terbuka memandangkan sekarang fokus utama adalah menyiapkan sistem pengurusan dokumen untuk hospital. Tapi post kali ini agak menarik juga insyaAllah kerana saya ingin be...

Perjalanan Tak Sempurna

Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.  Perjalanan Tak Sempurna    Meletakkan diri diselubungi rasa-rasa yang menusuk-nusuk hati dan seterusnya menjadikan hati dipupuk rasa negatif menjadikan kehidupan tidak lagi tenteram dan gembira. Mungkin dengan ego dan kedegilan boleh kita mengaku "aku hepi je, ada aku kesah?". Tapi alasan yang menunjukkan kita hanyalah mempertahankan perasaan sendiri sebenarnya hanyalah mempertahankan ego dan kedegilan.  Bebaskan diri daripada rasa-rasa negatif merujuk kepada hati yang sentiasa bersih dari rasa-rasa negatif. Hanya satu sahaja jalan ke arah hati yang bersih, positif dan redha ( hati yang gembira dalam konteks sebenarnya) hanyalah melalui penghayatan agama Islam atau rasa keAgungan Allah yang utuh dalam hati. Hanya dengan itu sahajalah kita berjaya menurunkan ego dan kedegilan dan seterusnya menjurus kepada redha dan kemaafan. Yang mana, kita maklum dan faham dengan ...

Kompil Kernel Linux-3.2.2 dalam Slackware 13.37

Bismillahirrahmanirrahim.   Segala puji-pujian hanyalah padaMu Ya Rahman Ya Rahim. Sesungguhnya segala kebaikan daripadaMu, segala keindahan daripadaMu, segala ketenangan, kesenangan, rezeki, ilmu, usaha, daya dan apa sahaja yang ada padaku ini adalah daripada Mu Ya Allah.  Ampunilah dosa dan ketelanjuranku, sesungguhnya tiada Tuhan melainkanMu Ya Allah, segala puji hanyalah padaMu dan sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim. Assalamualaikum WBT Jika diimbas kembali, bagaimana caranya daripada tujuan membina kelompok pelayan, timbul pula isu kompil kernel. Imbas sejenak    Mulanya instal corosync, setelah belajar sikit demi sedikit pasal corosync, timbul keperluan untuk instal drbd ( keseragaman data segerak ). Kemudian untuk menjadikan DRBD satu yang ampuh, perlu pula install OCFS2. Dari situ, DRBD dapat berfungsi dengan baik dan percubaan untuk keseragaman data memang berjaya. Alhamdulillah. DRBD berfungsi dengan baik menggunakan OCFS2 sebagai ...

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Bismillahir Rahmanir Rahim... Assalamualaikum Warah Matullahi Taala Wabarokatuh  Dengan sejunjung puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Berdiri sendiri dan Maha Kuasa. Dengan RahmatNya, dengan RahmanNya kita masih lagi melata di bumiNya mencari sesuap rezeki yang ditentukanNya.. Semoga usaha mencari rezeki dan nafkah kita adalah ikhlas keranaNya, dan moga Allah merahmati hati kita supaya cekal, cekap dan tabah untuk terus usaha dan tidak akan putus asa. Pepatah melayu yang menjadi tajuk penulisan hari ini ada pula kiasannya. Pencarian untuk menjayakan kelompok komputer pelayan menemukan satu jalan kearah pembelajaran tentang kernel linux itu sendiri. Kes nya apabila salah satu skrip untuk mengesan perkhidmatan ocfs2 menggunakan kata arahan modprobe :  #modprobe -s ocfs2_stackglue yang akan mengeluarkan ralat " Invalid module format" atau format modul adalah tidak sesuai dengan kernel yang sedang digunakan. Ini memerlukan kerne...

Slackware - Corosync - Pacemaker - Panduan Bahasa Melayu 01

Bismillahirrahmanirrahim Syukur kehadrat Ilahi kerana setiap sedut udara, setiap percikan cahaya, desiran bunyi, pergerakan anggota kita, ilham dan buah fikiran kita semuanya milik Allah. Syukur dan redha lah dengan segala nikmat yang tidak terhingga. Lihatlah tangan dan kaki, tulang-tulang yang tersusun di dalam daging, darah yang mengalir seluruh badan, jantung yang berdetik, paru-paru yang menyambung nafas.. setiap yang ada ini, milik Allah Tuhan Sekalian Alam...   Siapalah aku yang seluruhnya milikNya dan hanya padaNya lah aku sembah dan aku meminta pertolongan. Oleh itu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau Rahmati. Bukan jalan yang sesat dan yang Kau murkai.. Assalamualaikum..  Setup Komputer Pelayan dengan Kadar Capaian Tinggi [High Availability Server] Istilah masa-henti rendah [low down-time] ataupun 0.01 masa-henti dalah satu istilah yang mengagahkan mana-mana komputer pelayan. Maksudnya kadar capaian untuk sesuatu sistem teragih seperti l...

Jadikan Komputer Linux sebagai Pelayan Capaian kadar Tinggi ( High Availability Server )

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Syukur dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Yang menjadi Raja di hari pembalasan. Maka tiadalah aku tempat bergantung hanyala padaMu dan engkaulah Tuhan yang aku sembah. Maka tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau Redhai dan bukan jalan orang yang sesat dan Engkau Murkai. Setelah berhempas pulas mencari maklumat dan ilmu dalam dunia maya internet menerusi google, akhirnya hari ni berjaya juga la aku install semua pakej untuk jadikan komputer pelayan slackware di HUSM ni menjadi tinggi kadar capaiannya. Sifat ini dipanggil High Availability . Ada beberapa komponen pada komputer pelayan yang boleh dinaiktaraf untuk memungkinkan ianya meningkatkan kadar capaiannya.  Antara konsep yang paling tinggi aplikasinya adalah konsep bertindan ( berkembar, berbilang, redundant ). Secara pemahaman mudahnya adalah menggandakan semua komponen sebagai sokongan jika salah sa...