Langkau ke kandungan utama

Jadikan Komputer Linux sebagai Pelayan Capaian kadar Tinggi ( High Availability Server )

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum WBT.

Syukur dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Yang menjadi Raja di hari pembalasan. Maka tiadalah aku tempat bergantung hanyala padaMu dan engkaulah Tuhan yang aku sembah. Maka tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau Redhai dan bukan jalan orang yang sesat dan Engkau Murkai.



Setelah berhempas pulas mencari maklumat dan ilmu dalam dunia maya internet menerusi google, akhirnya hari ni berjaya juga la aku install semua pakej untuk jadikan komputer pelayan slackware di HUSM ni menjadi tinggi kadar capaiannya.

Sifat ini dipanggil High Availability.

Ada beberapa komponen pada komputer pelayan yang boleh dinaiktaraf untuk memungkinkan ianya meningkatkan kadar capaiannya.  Antara konsep yang paling tinggi aplikasinya adalah konsep bertindan ( berkembar, berbilang, redundant ). Secara pemahaman mudahnya adalah menggandakan semua komponen sebagai sokongan jika salah satu komponen rosak.

Contohnya :
  • kalau satu HD rosak, masih ada satu lagi HD yang berfungsi [ RAID ]
  • kalau satu kad rangkaian rosak, masih ada satu lagi kad yang berfungsi [ NIC Bond ]
Dan dalam kes kalau satu komputer pelayan tu rosak, seperti papan induk, kita perlu satu lagi komputer pelayan sebagai sokongan. Berbeza dengan HD dan NIC, konfigurasi untuk komputer pelayan adalah lebih rumit.

Konsep perlaksanaan :

*synchronize : Penyegerakan 

Rajah di atas menunjukkan gambaran kepada konsep yang aku duk merapu2 tadi ni. 2 buah komputer pelayan yang masing masing mempunyai 3 NIC. Dan kedua-dua komputer ini disegerakan secara masa nyata oleh satu pelayan di dalam rangkaian khusus. 

2 buah komputer pelayan ini pula berada di lokasi yang berlainan namun masih lagi dalam lingkungan rangkaian tempatan organisasi. 

Contohnya, Server01 berada di Unit Sistem Maklumat dan Server02 berada di Unit Rekod. Kedua-duanya berfungsi sebagai komputer pelayan yang sama, ip yang sama dan perkhidmatan yang sama. Dan antara keduanya ini dilarikan servis DRBD untuk penyegerakkan masa nyata 

Ini adalah pemahaman secara am dan gambaran secara kasar. Untuk lebih mendalam, aku post lagi lepas ni....

Assalamualaikum..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...