Bismillahir Rahmanir Rahim...
Assalamualaikum Warah Matullahi Taala Wabarokatuh
Pepatah melayu yang menjadi tajuk penulisan hari ini ada pula kiasannya. Pencarian untuk menjayakan kelompok komputer pelayan menemukan satu jalan kearah pembelajaran tentang kernel linux itu sendiri.
Kes nya apabila salah satu skrip untuk mengesan perkhidmatan ocfs2 menggunakan kata arahan modprobe :
#modprobe -s ocfs2_stackglue
yang akan mengeluarkan ralat " Invalid module format" atau format modul adalah tidak sesuai dengan kernel yang sedang digunakan. Ini memerlukan kernel dikompil semula.
Satu kata yang aku terbaca di forum slackware dari salah seorang user otai. Senyum sorang-sorang je aku bila baca kerana sebelum ini aku tak nampak pun kompil semula kernel ni satu yang penting. Dah tu bertambah2 lagi dengan perasaan malas nak explore.
Malas.. Ya Allah.. jauhilah aku dari perasaan malas, riak, takbur dan meminta-minta.
Jadi, hari ini aku mula cuba2 untuk kompil kernel linux. Slackware aku sedang guna ni menggunakan kernel linux-2.6.37, manakala kernel yang terbaru adalah linux-3.2.1. Aku muat turun linux-3.2.1 di kernel.org.
Step2 dia agak mengelirukan bagi yang baru mula2 nak belajar sebab ada banyak benda yang perlu tahu, faham dan mampu guna. Contohnya arahan 'make', biasanya yang aku guna hanyalah make dan make install. Tapi hari ni, terjumpa pula make menuconfig, make modules, make clean, make all, make dep dll. Alkisahnya begitulah, tapi mujurlah razumicham sudi menurunkan ilmunya pada aku yang tak tau apa apa ni. InsyaAllah diberkati dunia akhirat ilmu yang diberikannya ni.
Maka sekarang ni aku tengah cuba2 dulu kompil kernel linux-3.2.1 (stable) yang baru panas-panas di muat turun dari kernel.org. Nampaknya arahan 'make modules' memang mengambil masa yang lama sebabnya aku larikan arahan tu tadi lama sebelum aku start tulis di blog ni. Sekarang, dah nak abih tulis pun, takde gaya lagi dia nak abeh sebabnya dari tadi lagi duk kompil module untuk pemacu (driver).
Sebelum aku tamatkan tulisan ini, aku berkira-kira tentang linux yang aku rasa seolah-olah 'berkenalan semula' dengannya. Patutla ramai orang guna untuk projek-projek besar dan canggih sebabnya kita bebas untuk tentukan peranti apa yang dipakai dan modul mana yang diperlukan. Dan beribu-ribu orang di dunia ini telahpun menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk membina kernel ini.
Dan yang paling hebat, ia percuma dan hanya perlukan beberapa minit untuk di muat turun.
MasyaAllah... Dari satu ilmu Mu ya Alim, kau cambahkan beberapa lagi jalan-jalan ilmu Mu yang lain.. ya Azim ya Karim , Ya Alim, ya Hakim...
Syukur dan segala puji bagimu ya Allah. Muhammad adalah pesuruh Mu. Kurniakanlah RahmatMu ke atas baginda SAW..
Benarlah kata-kata pendita bani Jawi, jauh perjalanan luas pandangan. Makin jauh kita meneroka, makin berat ilmu dan makin luaslah pandangan kita..
InsyaAllah.
Assalamualaikum

Dengan sejunjung puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Berdiri sendiri dan Maha Kuasa. Dengan RahmatNya, dengan RahmanNya kita masih lagi melata di bumiNya mencari sesuap rezeki yang ditentukanNya..
Semoga usaha mencari rezeki dan nafkah kita adalah ikhlas keranaNya, dan moga Allah merahmati hati kita supaya cekal, cekap dan tabah untuk terus usaha dan tidak akan putus asa.
Pepatah melayu yang menjadi tajuk penulisan hari ini ada pula kiasannya. Pencarian untuk menjayakan kelompok komputer pelayan menemukan satu jalan kearah pembelajaran tentang kernel linux itu sendiri.
Kes nya apabila salah satu skrip untuk mengesan perkhidmatan ocfs2 menggunakan kata arahan modprobe :
#modprobe -s ocfs2_stackglue
yang akan mengeluarkan ralat " Invalid module format" atau format modul adalah tidak sesuai dengan kernel yang sedang digunakan. Ini memerlukan kernel dikompil semula.
" Selamat Datang ke Slackware!
Sila Kompil Semula Kernel Anda... "
Satu kata yang aku terbaca di forum slackware dari salah seorang user otai. Senyum sorang-sorang je aku bila baca kerana sebelum ini aku tak nampak pun kompil semula kernel ni satu yang penting. Dah tu bertambah2 lagi dengan perasaan malas nak explore.
Malas.. Ya Allah.. jauhilah aku dari perasaan malas, riak, takbur dan meminta-minta.
Jadi, hari ini aku mula cuba2 untuk kompil kernel linux. Slackware aku sedang guna ni menggunakan kernel linux-2.6.37, manakala kernel yang terbaru adalah linux-3.2.1. Aku muat turun linux-3.2.1 di kernel.org.
#wget http://www.kernel.org/pub/linux/kernel/v3.0/linux-3.2.1.tar.bz2
Step2 dia agak mengelirukan bagi yang baru mula2 nak belajar sebab ada banyak benda yang perlu tahu, faham dan mampu guna. Contohnya arahan 'make', biasanya yang aku guna hanyalah make dan make install. Tapi hari ni, terjumpa pula make menuconfig, make modules, make clean, make all, make dep dll. Alkisahnya begitulah, tapi mujurlah razumicham sudi menurunkan ilmunya pada aku yang tak tau apa apa ni. InsyaAllah diberkati dunia akhirat ilmu yang diberikannya ni.
Maka sekarang ni aku tengah cuba2 dulu kompil kernel linux-3.2.1 (stable) yang baru panas-panas di muat turun dari kernel.org. Nampaknya arahan 'make modules' memang mengambil masa yang lama sebabnya aku larikan arahan tu tadi lama sebelum aku start tulis di blog ni. Sekarang, dah nak abih tulis pun, takde gaya lagi dia nak abeh sebabnya dari tadi lagi duk kompil module untuk pemacu (driver).
Sebelum aku tamatkan tulisan ini, aku berkira-kira tentang linux yang aku rasa seolah-olah 'berkenalan semula' dengannya. Patutla ramai orang guna untuk projek-projek besar dan canggih sebabnya kita bebas untuk tentukan peranti apa yang dipakai dan modul mana yang diperlukan. Dan beribu-ribu orang di dunia ini telahpun menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk membina kernel ini.
Dan yang paling hebat, ia percuma dan hanya perlukan beberapa minit untuk di muat turun.
MasyaAllah... Dari satu ilmu Mu ya Alim, kau cambahkan beberapa lagi jalan-jalan ilmu Mu yang lain.. ya Azim ya Karim , Ya Alim, ya Hakim...
Syukur dan segala puji bagimu ya Allah. Muhammad adalah pesuruh Mu. Kurniakanlah RahmatMu ke atas baginda SAW..
Benarlah kata-kata pendita bani Jawi, jauh perjalanan luas pandangan. Makin jauh kita meneroka, makin berat ilmu dan makin luaslah pandangan kita..
InsyaAllah.
Assalamualaikum
Ulasan
Catat Ulasan
Comment