Bismillahirrahmanirrahim
Syukur kehadrat Ilahi kerana setiap sedut udara, setiap percikan cahaya, desiran bunyi, pergerakan anggota kita, ilham dan buah fikiran kita semuanya milik Allah. Syukur dan redha lah dengan segala nikmat yang tidak terhingga. Lihatlah tangan dan kaki, tulang-tulang yang tersusun di dalam daging, darah yang mengalir seluruh badan, jantung yang berdetik, paru-paru yang menyambung nafas.. setiap yang ada ini, milik Allah Tuhan Sekalian Alam...
Siapalah aku yang seluruhnya milikNya dan hanya padaNya lah aku sembah dan aku meminta pertolongan. Oleh itu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau Rahmati. Bukan jalan yang sesat dan yang Kau murkai..Assalamualaikum..
Setup Komputer Pelayan dengan Kadar Capaian Tinggi [High Availability Server]
Istilah masa-henti rendah [low down-time] ataupun 0.01 masa-henti dalah satu istilah yang mengagahkan mana-mana komputer pelayan. Maksudnya kadar capaian untuk sesuatu sistem teragih seperti laman sesawang atau aplikasi atas talian adalah menghampiri 100%, iaitu sistem boleh dikatakan tidak akan gagal berfungsi walaupun apa yang berlaku kecuali keadaan-keadaan yang di luar dugaan.
Nyatanya, jika difikir secara keadaan biasa, katakanlah satu laman web ditampung oleh satu komputer pelayan, jika berlaku apa-apa padanya maka sistem web tidak akan dapat dicapai. Banyak keadaan yang memungkinkan contohnya HD rosak, kad rangkaian rosak, kabel rangkaian putus, switch rosak, OS rosak, aplikasi pelayan web seperti apache tu sendiri rosak, aplikasi pelayan pangkalan data rosak, sebahagian HD mengalami sektor-rosak, dan bermacam-macam lagi keadaan yang memungkinkan untuk sistem terhenti.
Bagi sesetengah sistem yang mandatori untuk dilarikan 24/7 365 setahun memang sangat perlu untuk sentiasa bersedia melayan pengguna.
Di Hospital Universiti Sains Malaysia, hampir keseluruhan sistem yang digunapakai oleh staf adalah dibina oleh Unit Sistem Maklumat Hospital. Sistem yang mandatori termasuklah sistem demografi pesakit iaitu dinamakan Lifeline. Sistem ini seolah-olah jantung segala sistem yang ada kerana sistem ini menyimpan dan mengurus pangkalan data pesakit yang berdaftar di HUSM.
Oleh itu, amat penting bagi sistem ini untuk sentiasa berfungsi siang malam. Maka, oleh keadaan inilah pentingnya kami sediakan situasi dengan kadar capaian tinggi.
Prolog : Situasi untuk tutorial ini
Perlu 2 buah komputer pelayan yang berada dalam rangkaian yang sama dengan OS slackware 13.37
Pilihan 1: guna 2 buah komputer, 2 lokasi, 2 kad rangkaian.
Pilihan 2: guna virtual box, cipta 2 komputer, install slackware, setup rangkaian
Bahagian 1: Applikasi yang perlu dimuat turun
Dalam tutorial ini, aku guna Slackware Linux 13.37 . Sumber terbuka, download percuma.
Terdapat beberapa pakej yang perlu diinstal yang mana tidak ada di dalam pakej Slakware yang asal. Lagipun slackware memang distro yang ringan dan agak kecik
Senarai mengikut turutan instalasi (instal mengikut turutan ini)
perpustakaan
extra/Linux-HA/libesmtp-1.0.4-i486-1sms.txz extra/Linux-HA/libnet-1.1.4-i486-1sms.txz
pakej
extra/Linux-HA/clusterglue-1.0.7-i486-1sms.txzextra/Linux-HA/clusterresourceagents-1.0.4-i486-1sms.txz
extra/Linux-HA/corosync-1.2.1-i486-1sms.txz extra/Linux-HA/openais-1.1.2-i486-1sms.txz extra/Linux-HA/pacemaker-1.1.1-i486-1sms.txz
Cara mendapatkan pakej-pakej ini
- slackbuilds.org
- boleh download di superb mini server http://sms.it-ccs.com/
- iaitu, gi bahagian download http://sms.it-ccs.com/downloads.html
- tengok bahagian "SMS.Native.CD version 1.6.2 is released! (10/10/2011)"
- Pilih SMS.Native.CD.extra.iso
- download
- mount imej .iso tadi dengan arahan mount di konsol
- boleh lusuri imej .iso tadi
- pegi ke folder extra
- pegi ke folder linux-HA
- ingat balik turutan untuk instal
- copy semua file ke folder sendiri / terus instal dari sini
- dari link di bawah ni :
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/libnet-1.1.4-i486-1_SBo.tgz
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/libesmtp-1.0.4-i486-1_SBo.tgz
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/clusterglue-6c8645d6a4c2-i486-1_SBo.tgz
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/clusterresourceagents-000dd8956ad7-i486-1_SBo.tgz
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/corosync-1.2.1-i486-1_SBo.tgz
- http://www.srchack.org/pub/linux/corosync/slack131/pacemaker-b9b672590e79-i486-1_SBo.tgz
Bahagian 2 : Persediaan sebelum Instalasi
Sebelum membuat sebarang instalasi, perlu menambah group dan user seperti di bawah. Pakej yang perlu diinstal akan memastikan user haclient perlu ada dalam Sistem
# groupadd -g 226 haclient # useradd -u 226 -g haclient -c "Cluster User" -d /var/lib/heartbeat/cores/hacluster -s /bin/false hacluster
Bahagian 3: Instalasi
Install semua pakej mengikut turutan di atas. Sebabnya pakej yang kemudian memerlukan pakej sebelumnya.
Bahagian 4: Kunci Keselamatan
Perlu diingat, setiap komputer pelayan akan saling berkomunikasi antara satu sama lain melalui rangkaian tempatan. Kebiasaan dalam linux, sebarang capaian perlulah melalui satu kaedah pengenalan nama-katalaluan.
Jadi, kenala setiap komputer pelayan yang berada dalam kelompok yang sama, mengenalpasti antara satu sama lain..
corosync mmg dah sediakan fungsi ini..
di konsol:
# corosync-keygen
Arahan ini akan menjana katakunci berdasarkan aktiviti rawak baca/tulis pada HD. Aktiviti rawak inilah yang akan menentukan tempoh arahan ini akan tamat.
Untuk itu, try download file yang besar, contohnya linux kernel ke (ataupun mp3, video, dll) selepas larikan arahan di atas tu.
Bila dah habis, salin fail /etc/corosync/authkey ke semua komputer yang didalam kelompok yang sama.
set kan /etc/corosync/authkey supaya user=root, group=root, mod= 0400 dengan menggunakan arahan chown dan chmod
# chown root:root /etc/corosync/authkey
# chmod 400 /etc/corosync/authkey
rasanya setakat ni makanya instalasi telah berjaya. Kalau rasa nak baca lebih lagi, buleh la rujuk link di bawah.
http://www.clusterlabs.org/wiki/Initial_Configuration#CoroSync
http://www.clusterlabs.org/doc/Cluster_from_Scratch.pdf
Aku akan sambung dengan cara untuk membuat konfigurasi sebelum corosync dilarikan.
Moga diberi keberkatan dunia akhirat.. Amin...
Ulasan
Catat Ulasan
Comment