7 Nov 2013

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok

-- oleh Ahmad Yusdirman


Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Sejarah


Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara Cina, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut kedalam paru-paru dan kemudiannya masuk kedalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.


Berhenti Merokok

Tujuan e-rokok dicipta adalah untuk menggantikan rokok setelah ayah Hon Lik meninggal akibat kanser paru-paru kerana terlalu kuat merokok. Berikut adalah kajian penggunaan e-rokok yang dilakukan terhadap perokok.

  • Dalam satu kajian terhadap 40 perokok tegar, penyelidik membuat kesimpulan e-rokok dapat mengurangkan keinginan untuk merokok setelah perokok menahan merokok untuk semalaman.
  • Satu lagi kajian terhadap 50 perokok tegar yang mahu mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok, tetapi tidak berhenti sepenuhnya, membuat kesimpulan bahawa e-rokok secara mendadak menurunkan penggunaan rokok tanpa menyebabkan gejala berhenti merokok. 
  • Dalam satu siri kajian kes, e-rokok telah ditemui untuk membantu tiga peserta kajian - yang semuanya mempunyai sejarah percubaan berulang kali namun gagal untuk berhenti merokok dengan menggunakan kaedah bantuan berhenti merokok profesional - berhenti merokok dan terus tidak merokok untuk sekurang-kurangnya 6 bulan .
  • Dalam kaji selidik dalam talian yang dijalankan pada tahun 2010, penyelidik ditinjau pelawat laman web dan forum perbincangan khusus untuk penggunaan e-rokok dan berhenti merokok. Daripada 3,587 peserta, 70% adalah bekas perokok, 61% adalah lelaki, dan umur median ialah 41 tahun. Rata-rata, para peserta menggunakan e-rokok selama kira-kira 3 bulan dan hampir semua daripada mereka menggunakan kartrij yang mengandungi nikotin. 96% mengatakan bahawa e-rokok membantu mereka berhenti merokok, manakala 92% mengatakan bahawa ia menjadikan mereka kurang merokok. Majoriti peserta berkata e-rokok membantu mereka melawan keinginan, menangani gejala, dan mengelakkan mereka merokok semula
(rujukan : http://copd.about.com/od/quittingsmoking/a/E-Cigarettes.htm )

Hukum Merokok mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Struktur Asas



Pada awalnya, e-rokok dibina untuk menyerupai rokok biasa. Namun setelah istilah vapor diperkenalkan, e-rokok mengambil satu identiti yang berbeza daripada rokok biasa.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.

Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak.


Atomizer


Terdapat beberapa jenis atomizer yang sering digunakan termasuklah cartomizer, clearomizer dan rebuildable atomizer yang masing-masing berbeza dari segi struktur dan penggunaan. Secara amnya, pengguna e-rokok yang menggunakan model ala ego menggunakan atomizer. Atomizer adalah bahagian yang menukarkan cecair e-liquid kepada wap. Ianya terdiri daripada pemanas yang memanaskan e-liquid yang membasahi bahagian yang memegang e-liquid. Biasanya bahagian ini dibina daripada sumbu (wick), dawai besi tahan karat (stainless steel wire) dan jaringan besi tahan karat (stainless steel mesh). Atomizer pula terdapat pelbagai struktur seperti gulungan atas ( top coil ), gulungan bawah ( bottom coil), titisan ( drip ) dan lain-lain.


E-Liquid


E-liquid adalah campuran prolylene glycol (PG), vegetable glycerin (VG, glycol), perasa dan nikotin. Ada juga campuran yang tidak dimasukkan nikotin. Nikotin melarut dengan baik dalam PG manakala VG pula menggalakkan kepekatan wap yang dihasilkan. Perasa yang digunakan adalah perasa makanan yang biasa digunakan dalam produk makanan.


Propylene glycol, PG


US Food and Drug Administration (USFDA), sebuah badan yang memantau makanan dan ubatan di Amerika Syarikat mengkelaskan PG sebagai 'secara amnya selamat'. PG digunakan sebagai pelembab, pelarut dan pegawet. Ianya digunakan dalam ubat-ubatan termasuklah ubat yang dimakan, disuntik dan disapu. PG telah dibuat kajian tentang tahap bahaya kepada kesihatan manusia, namun hanya pengambilan yang sangat tinggi dan pada masa yang singkat sahaja akan membahayakan kesihatan manusia.
(rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Propylene_glycol )

Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan saintis dengan mendedahkan tikus dan monyet kepada wap proplene glycol berkepekatan tinggi selama 12 bulan hingga 18 bulan. Pemeriksaan terhadap kadar pertumbuhan, fungsi buah pinggang, air kencing, ujian darah dan kesuburan telah dilakukan dan didapati tiada perbezaan yang ketara berbanding dengan kumpulan yang tidak didedahkan kepada wap PG kecuali kenaikan berat badan yang lebih ketara pada kumpulan tikus yang didedahkan kepada wap PG. Pemeriksaan autopsi juga telah dilakukan dan sebarang keadaan yang tidak normal tidak dijumpai. Pemeriksaan paru-paru untuk mencari sebarang kesan daripada PG juga tidak dijumpai. Begitu  juga buah pinggang, hati, limpa dan sumsum tulang adalah normal. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan dedahan kepada udara yang tepu dengan wap PG tidak akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
(rujukan : http://www.canadavapes.com/health/propylene-glycol-safety.html )

Kajian daripada USFDA menunjukkan PG secara amnya selamat digunakan sebagai makanan. Begitu juga Badan Kesihatan di Kanada juga meluluskan PG digunakan dalam bahan tamahan makanan. 

PG digunakan dalam :
  • pelarut atau pembawa perisa atau warna dalam pembuatan makanan dan minuman seperti minuman, kek, biskut dan gula-gula.
  • penstabil makanan
  • inhaler untuk pesakit athma
PG yang memasuki badan akan ditukarkan menjadi asid laktik dan kemudiaannya dikeluarkan melalui urin. 


Vegetable Glycerin, VG

VG adalah bahan yang didapati daripada minyak tumbuhan. Sifatnya yang manis dapat menggantikan gula namun lebih rendah kalori, dan banyak digunakan sebagai bahan dalam kosmetik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. VG dapat menyerap kelembapan dalam udara yang menjadikannya bahan tambahan dalam makanan untuk mengekalkan makanan supaya lembab. Makanan redah lemak atau rendah gula biasanya menggunakan VG sebagai pemanis kerana ianya tidak menyebabkan kesan drastik kepada kandungan gula dalam darah dan tidak menyebabkan kerosakan gigi malah ianya tidak menjadi makanan kepada bakteria untuk membiak.

  • bahan penjagaan peribadi
  • ubat batuk
  • pemanis rendah kalori
  • ubat gigi
  • ubat-ubatan ( yang dimakan )
  • gula-gula

Perasa

Perasa yang digunakan dalam e-liquid adalah perasa yang digunakan dalam makanan. Terdapat pelbagai perasa seperti tembikai, laici, perasa rokok, anggur dan lain-lain. Perasa ini menambahkan kenikmatan pengguna dan tidak mengotorkan bau udara.

Nikotin

Nikotin adalah bahan yang didapati daripada tumbuhan dan merupakan ubat peransang semulajadi. 0.6% - 3% nikotin dikenalpasti ada dalam daun tembakau kering manakala 2-7 ug/kg dalam tumbuhan lain. Nikotin dapat menyebabkan ketagihan sama seperti ketagihan kepada heroin dan kokain. Nikotin memberi kesan kepada psikologi seperti mampu mengubah mood dan biasanya peransang dan penenang. Nikotin menyebabkan hati mengeluarkan glukosa dan adrenalin yang meransang. Nikotin juga menenangkan, menajamkan fikiran, merehatkan dan meningkatkan fokus. Namun ianya juga mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma. Perokok biasanya mengalami kekurangan berat badan.

Apabila nikotin disedut melalui paru-paru dan terus mengalir melalui darah ke otak, dalam 7 saat akan meransangkan otak mengeluarkan banyak bahan kimia yang meransang saraf. Ianya dapat meningkatkan tumpuan dan ingatan, meningkatkan fokus, meningkatkan nafsu seksual, mengurangkan sakit, mengurangkan kerisauan, meningkatkan kesan dopamine dan meningkatkan sensitiviti otak.

Namun nikotin juga mampu meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Pengambilan nikotin dalam jumlah yang tinggi (30mg-60mg) mampu mengakibatkan kematian kepada manusia dewasa.

Namun pengambilan nikotin melalui rokok menyebabkan masalah kesihatan lain yang lebih besar seperti kanser, jantung dan paru-paru.


Perbandingan Dengan Rokok Biasa

nitrosamins adalah agen kanser.


Kajian Kesan Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan

Terdapat pelbagai tohmahan dan buruk sangka terhadap kesan e-rokok kepada kesihatan pengguna dan orang ketiga. Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih terlalu awal untuk menghukum e-rokok sebagai berbahaya kepada kesihatan sehinggalah kajian yang mendalam telah dilakukan. 

Boleh Menyebabkan kanser?

Media massa pernah mendedahkan kandungan wap rokok elektronik yang dikatakan mempunyai bahan yang boleh mengakibatkan kanser. Fakta ini adalah daripada keputusan kajian USFDA sendiri pada tahun 2009. Mereka mendapati agen penyakit kanser yang ada dalam asap rokok juga wujud dalam rokok elektronik. Namun pada tahun 2013, UK National Health Service telah memberikan fakta bahawa jumlah kandungan agen kanser dalam wap e-rokok adalah 1 / 1000 daripada jumlah yang ada dalam asap rokok. Hasil kajian ini mendapati bahan yang sama juga wujud dalam produk gantian nikotin lain yang juga dalam kuantiti yang sama. Kajian daripada badan kesihatan eropah ini juga menunjukkan, dalam kuantiti yang sangat kecil, bahan ini tidak membahayakan dan keputusan awal daripada kajian menyokong kepada pendapat ini.


Menurut satu kajian pada tahun 2012, satu perbandingan antara hembusan asap rokok dan hembusan wap e-rokok telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk dijadikan asas bagi mengharamkan penggunaan e-rokok di tempat awam. Dua set eksperimen telah disediakan dan tahap pencemaran telah dikenalpasti. Bahan pencemar yang dikenalpasti adalah  VOCs, carbonyls, PAH, nicotine, TSNAs dan glycol. Hasil kajian mendapati udara yang dihembus dengan wap e-rokok adalah bebas dari risiko kanser yang dapat membahayakan kesihatan manusia dewasa mahupun kanak-kanak. Sebaliknya, set yang menggunakan asap rokok telah mencapai had bahaya bagi manusia dewasa
(rujukan : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23033998)

Daripada kajian yang terbaru dari Perancis melaporkan, terdapat kandungan acetaldehyde yang merupakan bahan toksik dalam wap e-rokok yang kandungannya menyamai apa yang ada dalam asap rokok biasa. Namun mengikut kajian daripada Dr. Konstantinos Farsalinos, kandungan bahan toksik ini adalah jauh lebih rendah daripada apa yang ada dalam asap rokok. Dr Forsalinos yang merupakan pakar kardio ( jantung ) telah melakukan kajian terhadap kesan e-rokok terhadap perjalanan darah dalam jantung dan mendapati e-rokok tidak memberikan sebarang kesan yang berbahaya kepada perjalanan darah dalam jantung. Sebaliknya rokok mengurangkan 30% aliran perjalanan darah dalam jantung.

(rujukan : http://www.thelocal.fr/20130830/e-cigarette-warning-could-have-an-adverse-effect-on-health )



Berbahaya seperti sisha?

Jika disusun secara menaik antara sisha, rokok biasa dan e-rokok, kedudukan paling bawah adalah e-rokok, dan kemudiaannya rokok berada di tangga kedua dan sisha adalah paling tertinggi. Disimpulkan secara mudah dari segi tahap bahaya kepada dedahan agen kanser, jika e-rokok mengandungi 1 unit bahan tersebut, rokok biasa mempunyai 1000 unit manakala sisha yang dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok biasa pula mungkin mempunyai  400, 000 unit. 

Mungkin perbandingan yang wujud adalah dari segi rupa dan baunya yang rata-ratanya berbau buah dan wap/asapnya adalah lebih pekat berbanding rokok biasa. Namun, sisha adalah jauh lebih bahaya dari rokok manakala e-rokok pula jauh lebih selamat berbanding rokok.


Membahayakan Paru-paru?

Kandungan dalam e-liquid adalah bahan yang diwapkan dan masuk kedalam paru-paru. Bahan ini pula adalah bahan yang digunakan dalam inhaler, terapi untuk pesakit athma atau masalah pernafasan akut. Ini membuktikan bahan dalam e-liquid adalah selamat disedut walaupun kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Malah, kajian terhadap tikus dan monyet yang didedahkan kepada udara yang tepu dengan wap PG selama 18 bulan ( 1 setengah tahun ) telah mengesahkan tiada kesan tidak normal terhadap paru-paru selepas autopsi dilakukan. Namun ini hanyalah telahan saya sendiri selepas melihat kepada keputusan daripada kajian para saintis. Fakta yang kuat masih belum didapati dan kajian masih lagi dijalankan.

Namun terdapat kajian terhadap penggunaan e-rokok kepada kumpulan perokok, bukan perokok dan golongan yang mengalami penyakit pernafasan seperti asma. Hasil kajian ini mendapati kualiti pernafasan menurun terhadap kumpulan perokok dan bukan perokok namun tiada perubahan ketara pada kumpulan yang menghidapi penyaki pernafasan.

Undang-undang negara di dunia terhadap e-rokok



  • Di Australia , setiap bentuk nikotin, kecuali untuk terapi gantian dan rokok, sebagai satu bentuk racun. 
  • Di Brazil , penjualan, pengimportan dan pengiklanan apa-apa jenis rokok elektronik adalah dilarang. 
  • Di Kanada , pengimportan, penjualan dan pengiklanan rokok elektronik yang mengandungi nikotin tidak disokong, produk boleh dijual dan digunakan.
  • Di China , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang
  • Di Dubai , penjualan dan penggunaan produk tembakau dan rokok elektronik adalah haram. 
  • Di Mesir , Kementerian Kesihatan telah menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran pemasaran rokok elektronik atas alasan bahawa ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
  • Di Hong Kong penjualan dan pemilikan berasaskan nikotin rokok elektronik, diklasifikasikan sebagai Jenis I Racun, ditadbir di bawah Farmasi dan Ordinan Racun. Penjualan atau pemilikan tidak dibenarkan dan kedua-duanya dianggap boleh dihukum dengan denda sehingga HK $ 100,000 dan / atau penjara 2 tahun. Walau bagaimanapun, undang-undang tidak melindungi apa-apa inhaler bukan nikotin.
  • Di India , penggunaan rokok elektronik kini tidak dilarang. Di bawah undang-undang Kesihatan India tahun 2006, merokok tembakau telah diharamkan di khalayak ramai. Sejak e-rokok mengelakkan penggunaan tembakau, mereka tidak jatuh di bawah undang-undang ini.
  • Di Lebanon , majlis menteri-menteri telah mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik, mulai 21 September 2011. 
  • Di Malaysia , penjualan e-rokok adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk (serta nikotin cecair untuk digunakan dalam rokok elektronik) akan dikenakan denda tidak lebih daripada RM3, 000, dipenjara tidak lebih daripada dua tahun, atau kedua-duanya. Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa e-rokok mengandungi nikotin cecair adalah lebih berbahaya daripada rokok biasa dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya mengelakkannya
  • Di Mexico , jualan dan promosi objek bukan tembakau yang merangkumi unsur-unsur secara amnya dikaitkan dengan produk tembakau adalah dilarang. 
  • Di Nepal , di bawah undang-undang semasa rokok, penggunaan dan penjualan e-rokok adalah dibenarkan.
  • Di New Zealand , rokok elektronik adalah sah dan boleh dibeli daripada tobacconists dan kedai khusus atau online. Ia adalah menyalahi undang-undang untuk menjual katrij nikotin dengan alat-alat elektronik tetapi ini boleh dibeli secara berasingan.
  • Di Pakistan , import dan penjualan rokok elektronik adalah undang-undang, tetapi Pakistan Perubatan dan Pergigian Majlis mendapati bahawa semasa penilaian keselamatan kesihatan e-rokok tidak lagi memuaskan. 
  • Dalam Panama , pengimportan, pengedaran dan penjualan rokok elektronik telah dilarang sejak Jun 2009. Kementerian Kesihatan memetik penemuan FDA sebagai hujah mereka untuk pengharaman itu.
  • Di Singapura , rokok elektronik (e-rokok) kini dilarang di bawah Secion 16 (1) (Kawalan Iklan dan Penjualan) Akta Tobacco, yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA). Undang-undang ini melarang artikel pengimportan, pengedaran, jualan atau tawaran untuk jualan mana-mana produk makanan kuih-muih atau lain-lain atau mana-mana mainan atau lain-lain yang direka untuk menyerupai produk tembakau atau pembungkusan yang direka untuk menyerupai bungkusan sering dikaitkan dengan produk-produk tembakau . 
  • Di Korea Selatan , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang, tetapi banyak cukai. 
  • Di Switzerland , penjualan rokok elektronik nikotin bebas adalah dibenarkan. Penggunaan dan pengimportan rokok elektronik yang mengandungi nikotin adalah dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh dijual dalam negara. 


(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette )

Kesimpulan

Banyak negara yang mengharamkan e-rokok masih lagi membenarkan penjualan rokok dalam negara mereka. Terdapat beribu-ribu fakta dan kajian tentang bahaya rokok telah dilakukan oleh saintis dan banyak negara yang berhabis wang untuk pembiayaan pebubatan bagi penyakit akibat daripada rokok, namun masih gagal untuk mengharamkan rokok melalui undang-undang.

Keputusan yang tidak lengkap daripada kajian USFDA banyak mempengaruhi dunia tentang e-rokok. USFDA gagal untuk menyatakan jumlah agen kanser dalam e-rokok yang sangat jauh lebih sedikit berbanding rokok biasa dalam laporannya mengakibatkan banyak kerajaan mengambil keputusan itu sebagai dasar mereka untuk menjatuhkan pengharaman terhadap penjualan e-rokok.


Kajian tentang kesan e-rokok terhadap kesihatan manusia masih lagi diperingkat awal. Kajian lebih mendalam dan lebih lama diperlukan. Namun daripada pemerhatian dan kajian sendiri, saya mendapati banyak testimoni daripada perokok yang benar-benar mahu berhenti merokok telah berjaya samada mengurangkan pengambilan rokok atau terus tidak sentuh rokok setelah bertukar kepada e-rokok.

Akhir kata, penilaian semula perlu dilakukan berdasarkan fakta daripada kajian semasa. Nikotin adalah satu bentuk ubat yang apabila diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Begitu juga bahan-bahan lain dalam e-liquid. Oleh itu, perlu saya tegaskan disini, berdasarkan pemerhatian saya ini, penggunaan e-rokok adalah jauh lebih selamat daripada merokok. Namun, kekuatan fakta ini perlulah dikaji dengan mendalam terlebih dahulu dan perlu memakan masa yang lama.

Wallahu Ta'ala A'lam


14 ulasan:

  1. Kawe sero gitu jugok. Rokok yang kena Tax tak bahayo/ rokok tak berTAX bahaya untuk kesihatan... katanya. Kawe raso duo-duo samo jah senjato yahudi. usuhalah pakat2 kito buang jarum yahudi yang satu lagi nih! Kalau nekad, sekarang jugak boleh berhenti.Janji jangan nok beralasan pado diri seniri. Contoh ore yang merokok tahu dio kena nyakik, buang terus rokok. Pelik tok ketagih pulok deh.
    http://abdullahmohamedali.wordpress.com/
    Mari la melawat blog kawe. Cerito merapu jah... nok komen sikit sebanyok pun boleh.

    BalasPadam
  2. saya ..sudah 15 tahun menghisap rokok ...niat utk berhenti..saya hisap rokok electronik..selama 7 bulan je lepas itu berhenti terus hisap rokok....dan sekarang saya bebas dari segala jenis rokok...terima kasih rokok electronik

    BalasPadam
  3. teruskan usaha anda. Tulisan anda sangat menarik!

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJulai 24, 2015

    Terima kasih atas info saudara...saya sudah tiga minggu tak sentuh rokok setelah menggunakan vape...inshaallah nak berhenti semuanya dlm tahun ni

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaJulai 30, 2015

    "Bahaya atau trend". Anak muda seringkali ingin mencuba benda baru. Jika ia tidak bahaya, pandanglah di sekeliling kerana ada ketika asap yang dihembus mengganggu orang lain. Hormati sesama kita. "Jentik akal, lahir jawapan"

    BalasPadam
  6. Sedikit sebanyak dpt menambah pengetahuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Info tuan bagus untuk pertimbangan perokok tegar sehari 4 kotak seperti teman.2 tahun sudah lagi teman telah pun mula dengan vapor ni, tapi sekejap ajer sebab x puas rasa merokok.tapi kali ni teman nekad nak cari vapor semula...kena pulak harga rokok tembakau yang dah melampau tinggi sangat.

      Padam
  7. Vape adalah yg terbaik. Rasa tahap kesihatan pun terbukti terbaik.bau rokok tembakau pun dah jadi busuk semenjak guna vape

    BalasPadam
  8. Betul tu,kalau nak berhenti merokok memang payah,melainkan slow2,senang cakap klu dah start vape jangan ambil rokok dari orang lain,insyallah dapat rasa mcm bro killing joke ckp tu,yg penting diri sendiri usaha sungguh2 jangan ambil/beli rokok lagi.fikirkan rokok tu nafsu,lupakan mcm bulan puasa,berzikir pun boleh hilangkan rasa nak merokok,minum air banyak2.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sejak guna vape xde rasa nk mrokok lg .. vaping is the best .. yesss

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah sejak guna vape xde rasa nk mrokok lg .. vaping is the best .. yesss

    BalasPadam
  11. BERHENTI KEDUA2 NYA LEBIH BAGUS DAN IN SHAA ALLAH DIRAHMATI ALLAH.KERANA ZAMAN RASULULLAH X MENYURUH UMATNYA MENGHISAP ASAP YANG MENJADI KEGEMARAN JIN ITU.YANG MANA HISAP VAPE UNTUK MENGAMBIL LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK,BAGUS.TETAPI HARAP2 DAPAT BERHENTI MENGHISAP VAPE JUGA.FIKIRLAH MAKANAN YANG KITA AMBIL SEKARANG PUN BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT,APATAH LAGI ASAP YANG TIADA VITAMIN DAN KHASIAT LANGSUNG DIDALAMNYA.KITA SEBAGAI ORANG ISLAM BOLEH MENCEGAHNYA,IN SHAA ALLAH......

    #MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH
    #INGAT PADA NABI MUHAMMAD SAW
    #ISLAM
    #AKHIRAT
    #SEKSAAN API NERAKA
    #KEINDAHAN SYURGA
    # :)

    BalasPadam
  12. BAGUS :)

    BalasPadam

Demo sero guano?