RON dan Petrol
Oleh yusdirman, Oktober 2014
RON adalah singkatan daripada Research Octane Number
Ianya kaedah penarafan bahan api.
Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL.
Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95?
RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin."ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin!
Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan daripada enjin yang lebih tinggi. Biasanya enjin berkuasa tinggi memerlukan RON yang tinggi.
AMARAN! jika enjin kereta anda hanya perlukan RON95 untuk beroperasi, JANGAN ISI DENGAN RON97 KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN DOMPET ANDA DENGAN TERUK!
Periksa manual kereta untuk tentukan RON yang sesuai dengan enjin.
Untuk Kefahaman kita Tentang RON Petrol :
- Lebih tinggi RON, bahan api lebih susah terbakar (tahan dalam tekanan tinggi)
- Lebih rendah RON, lebih mudah terbakar (tidak tahan tekanan)
Contohnya seperti minyak diesel, ianya mempunyai RON yang rendah. Sebab itulah enjin diesel tidak perlukan palam pencucuh dan bahan api diesel dinyalakan hanya dengan tekanan tinggi.
Manakala enjin petrol dinyalakan dengan palam pencucuh kerana mintak petrol lebih tinggi daya tahan "ketukan" atau tekanan dalam enjin dan hanya akan menyala apabila dicucuh oleh api dari palam pencucuh.
Apa akan jadi jika kita guna RON95 pada ENJIN RON97?
Berdasarkan pemahaman di atas, jika bahan api yang kurang tahan pada enjin yang tinggi tekanannya seperti enjin berkuasa tinggi, maka bahan api akan terbakar lebih awal sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh.
Ini dapat kurangkan prestasi enjin dan mungkin rosakkan enjin.
Apa akan jadi jika kita guna RON97 pada ENJIN RON95?
Bahan api RON tinggi digunakan pada enjin RON rendah tidak memberikan apa-apa kesan negatif kerana bahan api akan terbakar ketika dicucuh oleh api palam pencucuh, sama seperti yang sepatutnya berlaku. Tapi RON97 LEBIH MAHAL, rugi pitis la boh!
MITOS DAN SALAH FAHAM TENTANG RON PETROL
1. "RON lebih tinggi POWER lebih"
2. "RON tinggi lebih bersih sebab pembakaran sempurna"
3. "RON97 maksudnya 97% pembakaran sempurna, RON95 maksudnya 95% pembakaran sempurna"
- Ada minyak yang RON110. Cemana tu? :-)
4. "RON95 di Malaysia tak ikut standard, Kualiti telah dikurangkan"
- RON bukan merujuk kepada kualiti minyak yang lebih baik pembakaran, merujuk kepada ketahanan minyak yang tinggi.
5. ...
6. ...
Ulasan
Catat Ulasan
Comment