Langkau ke kandungan utama

Tahap Kesediaan Tinggi Komputer Server : DRBD


Kronologi Setup Komputer server

1. software RAID dengan mdadm
- aku guna slackware dvd untuk setup RAID5 guna mdadm. Cepat sikit untuk akses arahan konsol



2. setup debian (wheezy)

3. setup repo debian guna debmal repo


deb http://mirror.debmal.my/debian/ wheezy-updates main contrib non-free
deb http://mirror.debmal.my/debian/ wheezy main contrib non-free
deb http://mirror.debmal.my/debian/ wheezy-backports main contrib non-free

4. Install dan setup network bind

5. install dan setup drbd

6. Install dan setup pacemaker


Install dan Setup DRBD

Dalam episod ini, aku akan tunjukkan cara-cara untuk setup drbd.

Objektif:
1. DRBD akan sync (selarikan) data antara server1 dan server2 secara masa-nyata. jika server1 mati, server2 akan ambil alih fungsi data dalam server1 tadi.

2. Data yang perlu sentiasa tersedia untuk pengguna  akses. Contohnya  dalam kes aku ni, data pesakit.

3. Data untuk akan digunakan oleh servis terutama sekali servis web. Fail web diletakkan dalam storan yang dikawalselia oleh DRBD supaya jika berlakunya kegagalan pada server1, fail yang sama masih lagi ada di server2 setelah server2 ambil alih servis dari server1.


Struktur :


  • Server1 dan server2 masing-masing mempunyai 4 antaramuka rangkaian. Seperti dalam tutorial sebelum ini, 2 peranti ini digunakan untuk capaian rangkaian setempat dan 2 lagi khusus untuk DRBD.


  • katakan eth2 dan eth3 adalah peranti yang dimaksudkan dan network bonding menggunakan ifenslave telahpun dilaksanakan. Kedua server menggunakan peranti maya drbd0.


  • kabel dari server1 ke server2 daripada pangkalan eth2 dan eth3 adalah kabel rangkaian tersilang (direct / cross cable). Atau dalam erti lain, server1 dan server2 dihubungkan secara terus tanpa melalui penukar rangkaian (network switch)
  • alamat IP server1 adalah 192.168.1.1, diatas peranti drbd0
  • alamat IP server2 adalah 192.168.1.2, diatas peranti drbd0



contoh gambaran kasar



Install DRBD

Setelah repo disetup. Kita boleh install drbd daripada repo. Dalam kes aku ni, oleh kerana aku guna debian, caranya sangat mudah

root@server1:~# aptitude install drbd8-utils 

lebih mudah lagi tambah -y di belakang supaya segala pengesahan dijawab dengan 'Y'

root@server1:~# aptitude install drbd8-utils -y

Setup Konfigurasi

Fail konfigurasi untuk drbd ada di /etc/drbd.conf

Contoh konfigurasi


global { usage-count no; } 

common { syncer { rate 1000M; } } 

resource r0
{
        protocol C;
device /dev/drbd0;
        disk /dev/md3;
        meta-disk internal;

        on server1 {
                address 192.168.1.1:7788;
        }

        on server2 {
                address 192.168.1.2:7788;
        }

net {
                after-sb-0pri discard-younger-primary; #discard-zero-changes;
                after-sb-1pri discard-secondary;
                after-sb-2pri call-pri-lost-after-sb;
        }
}


*peringatan : ini adalah contoh yang diambil terus daripada tutorial drbd.



Salin Konfigurasi ini ke server2

root@server1:~# scp /etc/drbd.conf root@server2:/etc/
root@server2's password: 

Mulakan Servis DRBD

root@server1:~# service drbd start
root@server2:~# service drbd start

Jana MetaData DRBD


root@server1:~# drbdadm create-md r0
root@server2:~# drbdadm create-md r0


Sediakan Sumber

root@server1:~# drbdadm up r0
root@server2:~# drbdadm up r0

Jadikan Server1 sebagai master
di server1

root@server1:~# drbdadm primary --force r0

Periksa status drbd

root@server1:~# cat /proc/drbd

version: 8.3.11 (api:88/proto:86-96)
srcversion: 41C52C8CD882E47FB5AF767 
 0: cs:Connected ro:Secondary/Primary ds:UpToDate/UpToDate C r-----
    ns:1220 nr:2240 dw:3512 dr:18905 al:1 bm:27 lo:0 pe:0 ua:0 ap:0 ep:1 wo:f oos:0


Jika kapasiti storan adalah besar, lebih lama masa diambil untuk selarikan data (data sync).

semoga bermanfaat


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Maksud RON dalam pengkelasan Petrol?

RON dan Petrol Oleh yusdirman, Oktober 2014 RON adalah singkatan daripada Research Octane Number Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga PETROL. Adakah minyak RON 97 lebih berkuasa berbanding RON 95? RON merujuk kepada tahap bahan api menahan rintangan "ketukan" semasa proses pembakaran oleh palam pencucuh dalam enjin. Ianya merujuk kepada tahap ketahanan bahan api untuk tidak terbakar sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh dalam enjin. "ketukan" dalam konteks RON ini adalah apabila campuran bahan api dan udara dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dari palam pencucuh menbakarnya. Pembakaran awal ini mungkin disebabkan enjin terlalu panas. Haba dari silinder enjin itu sendiri mungkin telah menyalakan bahan api sebelum palam pencucuh menyala. Ini boleh menurunkan prestasi dan mungkin boleh memudaratkan enjin! Jadi, RON bukannya bermaksud LEBIH KUASA! Ianya bermaksud bahan api itu dapat menahan tekanan dari...

Rokok Elektronik : Bahaya Untuk Kesihatan atau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Rokok Elektronik, e-rokok -- oleh Ahmad Yusdirman Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan ecig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak tahu mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat. Sejarah Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan k...

Server Redundancy - Pertindanan Komputer Pelayan

alkisahnya tercari-cari untuk buat server redundancy ( pertindihan komputer pelayan ) atas sebab perlunya server yang sentiasa on-line tanpa ada downtime yang lama. Dan, cabarannya adalah memang kami tak pernah jalani apa-apa latihan, pengalaman dan apa jua pengetahuan berkenaan teknologi ini. Yang pastinya, perlu banyak mengoogle. Setakat ini, ada banyak kaedah untuk memastikan aplikasi masih terus boleh berfungsi walaupun server mati/rosak. 1. guna 2 server yang sama. Bila satu mati, satu lagi yang masih hidup dapat terus melayan pengguna. 2. guna 2 talian rangkaian yang berbeza. Bila satu talian rosak/putus, masih ada satu lagi talian rangkaian yang berfungsi. 3. storan di server guna raid ( redundant array of independent disk ) atau dalam bahasa melayu : barisan disk berlainan yang bertindan. Raid dapat menjadikan sebilangan hd menjadi 1 dengan semua data pada 1 hd adalah sama dengan data pada hd 2. (mirroring) 4. satu IP maya untuk sebilangan server. 2 server yang mena...