Assalamualaikum
Mari kita terus fokus kepada pembangunan aplikasi. Senario ini biasanya berlaku dalam sesebuah jabatan yang bertanggungjawab membina aplikasi untuk organisasi atau pelanggan.
Pasukan JuruProgram
Beberapa juruprogram yang membina aplikasi yang sama akan berkongsi-kongsi kodprogram mereka samada secara online menggunakan cloud ataupun bertukar-tukar peranti storan mudah alih (ada yang buat gitu lagi ke?). Namun secara idealnya, setiap juruprogram akan menulis kod untuk modul yang berbeza bagi satu-satu aplikasi.
Jika seorang juruprogram yang ditugaskan untuk membina fungsi tertentu, maka dia akan memeras otaknya untuk mengeluarkan idea. Biasanya dengan meminum kopi pekat sikit. Selepas itu maka diapun berjaya mengeluarkan 3 kaedah atau idea bernas untuk membina fungsi tersebut. Maka, dia akan membuat 3 salinan dan menamakan setiap salinan itu dengan nama yang berbeza-beza. Koding ditulis dan diuji satu persatu. Ketiga-tiga salinan tersebut berjaya dibina dan selepas dinilai oleh bos beliau, salah satu salinan tadi akan disalin kedalam salinan asal dan dimuatnaik semula ke server cloud.
Sangat-sangat praktikal kan? Namun, banyak masalah yang mungkin timbul dengan cara ini jika sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku selepas salinan utama telah ditambah dengan kod baru. Mungkin terdapat bug yang tidak terlihat sebelum ini. Maka kita terpaksa menyelesaikan dengan seberapa segera masalah tersebut sekiranya sistem telah sedia digunakan. Ataupun, untuk setiap versi (penambahan kod) salinan utama tadi, setiapnya disimpan salinan secara berasingan dan diberikan nama yang unik dan tarikh kemaskini dan dilakukan oleh siapa. Banyangkan kita bekerja dengan 10 orang juruprogram yang sedang membangunkan aplikasi yang sama. Dalam sehari, mungkin setiap juruprogram akan meminta untuk kodprogram mereka dinilai dan dimasukkan kedalam salinan utama.
Situasi itu sangat-sangat(SANGAT) seram untuk digambarkan.
Untuk menyelesaikan masalah ini (memudahkan) kaedah pembangunan aplikasi secara berkumpulan inilah timbulnya Git.
Dengan git, setiap juruprogram dapat membuat salinan daripada repositori utama dengan arahan:
git clone [alamat repositori]
git clone akan menyalin bukan sahaja semua fail daripada repo, bahkan juga setiap perubahan yang telah dilakukan, tarikh dan masa perubahan itu dilakukan, nama dan emel orang yang melakukan perubahan itu dan apa yang diubah. Selepas kita clone suatu repo daripada server (konsep cloud juga), juruprogram akan mendapat salinan yang 100% sama dengan apa yang ada dalam repositori utama.
contoh dibawah adalah cara untuk kita clone salah satu repo daripada github:
$\> git clone https://github.com/mischa78/boxroom.gitCloning into 'boxroom'...remote: Counting objects: 2995, done.remote: Total 2995 (delta 0), reused 0 (delta 0), pack-reused 2995Receiving objects: 100% (2995/2995), 719.42 KiB | 207.00 KiB/s, done.Resolving deltas: 100% (1529/1529), done.Checking connectivity... done.
Selepas arahan ini dilaksanakan, kesemua fail daripada github itu akan berada dalam komputer kita.
(jangan risau, repo dalam github ini kesemuanya adalah opensource)
Dengan memiliki kesemua fail yang sama dengan apa yang ada dalam repositori utama, dan ianya disalin menggunakan Git, salinan dalam komputer kita itu juga merupakan satu repositori.
Repositori di Server dipanggil Remote.
Remote Server yang pertama sekali kita clone dinamakan Origin
Arahan untuk melihat Remote Server:
$\> git remote -v
origin https://github.com/mischa78/boxroom.git (fetch)
origin https://github.com/mischa78/boxroom.git (push)
Jadi, bagaimana untuk mula menulis kod? Kena buat salinan asing ke?
Git didatangkan dengan fungsi Branching. Sama seperti kita membuat salinan kogprogram, namun dengan lebih tersusun. Kita boleh membuat beberapa branch serentak sekiranya kita ada banyak idea untuk menyelesaikan satu-satu tugas.
Arahan untuk mencipta branch baru
Switched to a new branch 'add_staff_module_yusdirman'
$\> git checkout -b add_staff_module_yusdirman
Biasanya, apabila kita membina aplikasi beramai-ramai, kita akan tandakan branch yang kita bina itu dengan nama sendiri supaya mudah dikenalpasti nanti.
Dari sini, tulislah kodprogram anda. simpan dan uji.
Jika dah berjaya. Commit. ...?
Dalam pengurusan kodprogram menggunakan git, setiap perubahan yang telah dibuat perlu diisytiharkan dan kemudian disahkan pula dengan menggunankan arahan git add dan git commit
Pada ketika ini, bagi sesiapa yang belum pernah menggunakan mana-mana pengurusan kodprogram sebelum ini, termonologi ini adalah sangat asing.
Git mempunyai 3 peringkat dalam setiap perubahan kod aturcara.
1. bersih (clean)
2. ada perubahan, belum dipentaskan
3. telah dipentaskan, belum dicommit
selepas dicommit, ianya akan kembali semula ke peringkat 1: Bersih
Apakah maksud ketiga-tiga peringkat ini?
1. Bersih: tiada apa-apa perubahan berlaku pada kod program.
2. Belum dipentaskan (unstage) : terdapat perubahan pada fail. namun belum diisytiharkan untuk dimasukkan kedalam repositori
3. Telah dipentaskan (staged) tapi belum dicommit : fail-fail yang berubah telah dikenalpasti untuk dimasukkan kedalam repo.
Setelah juruprogram pasti dengan perubahan tersebut, dia hanya perlu commit sahaja kodprogram. Maka satu bab atau titik perbatuan telah direkodkan dalam log pembangunan aplikasi ini dan segala perubahan yang dilakukan juga direkodkan.
Mari saya tunjukkan contoh:
selepas membina branch baru, saya telah memasukkan fail dan kod baru ke dalam aplikasi ini.
saya boleh melihat status perubahan dengan :
$\> git status
On branch add_staff_module_yusdirman
Changes not staged for commit:
(use "git add..." to update what will be committed)
(use "git checkout --..." to discard changes in working directory)
modified: config/routes.rb
Untracked files:
(use "git add..." to include in what will be committed)
app/assets/javascripts/staffs.coffee
app/assets/stylesheets/scaffolds.scss
app/assets/stylesheets/staffs.scss
app/controllers/staffs_controller.rb
app/helpers/staffs_helper.rb
app/models/staff.rb
app/views/staffs/
db/migrate/20161116180542_create_staffs.rb
test/controllers/
test/fixtures/staffs.yml
test/models/
no changes added to commit (use "git add" and/or "git commit -a")
Apabila arahan git status dimasukkan, setiap perubahan akan tersenarai.
Status "Changes not staged for commit" merujuk kepada perubahan yang telah kita lakukan (telah save) namun masih belum dipentaskan untuk dicommit.
Cara untuk pentaskan fail (staging)
$\> git add [nama fail] : untuk pilih fail mana yang akan dipentaskan (stage)atau
$\> git add . : semua perubahan pada semua fail dipentaskan
selepas itu, status fail tadi akan berubah
$\> git status
On branch add_staff_module_yusdirman
Changes to be committed:
(use "git reset HEAD..." to unstage)
new file: app/assets/javascripts/staffs.coffee
new file: app/assets/stylesheets/scaffolds.scss
new file: app/assets/stylesheets/staffs.scss
new file: app/controllers/staffs_controller.rb
new file: app/helpers/staffs_helper.rb
new file: app/models/staff.rb
new file: app/views/staffs/_form.html.erb
new file: app/views/staffs/edit.html.erb
new file: app/views/staffs/index.html.erb
new file: app/views/staffs/new.html.erb
new file: app/views/staffs/show.html.erb
modified: config/routes.rb
new file: db/migrate/20161116180542_create_staffs.rb
new file: test/controllers/staffs_controller_test.rb
new file: test/fixtures/staffs.yml
new file: test/models/staff_test.rb
Status "Changes to be committed" menunjukkan kesemua fail yang tersenarai itu akan dimasukkan kedalam repositori.
langkah seterusnya adalah melarikan arahan git commit
$\> git commit -m "create scaffold for staff to integrate existing staff table with boxroom for user session"
[add_staff_module_yusdirman 5368f32] create scaffold for staff to integrate existing staff table with boxroom for user session
16 files changed, 326 insertions(+)
create mode 100644 app/assets/javascripts/staffs.coffee
create mode 100644 app/assets/stylesheets/scaffolds.scss
create mode 100644 app/assets/stylesheets/staffs.scss
create mode 100644 app/controllers/staffs_controller.rb
create mode 100644 app/helpers/staffs_helper.rb
create mode 100644 app/models/staff.rb
create mode 100644 app/views/staffs/_form.html.erb
create mode 100644 app/views/staffs/edit.html.erb
create mode 100644 app/views/staffs/index.html.erb
create mode 100644 app/views/staffs/new.html.erb
create mode 100644 app/views/staffs/show.html.erb
create mode 100644 db/migrate/20161116180542_create_staffs.rb
create mode 100644 test/controllers/staffs_controller_test.rb
create mode 100644 test/fixtures/staffs.yml
create mode 100644 test/models/staff_test.rb
Untuk git commit, kita perlu masukkan komen (wajib)
komen ini bertujuan untuk memberitahu orang lain apa yang kita lakukan pada perubahan itu.
Saya rasa, sampai disini dulu kali ini. Nanti bersambung lagi..
Download git disini:
https://git-scm.com/
tutorial juga ada dilaman tersebut.
untuk tutorial interaktif, boleh cuba disini:
https://try.github.io/
Wassalamualaikum
Ulasan
Catat Ulasan
Comment