Assalamualaikum Mari kita terus fokus kepada pembangunan aplikasi. Senario ini biasanya berlaku dalam sesebuah jabatan yang bertanggungjawab membina aplikasi untuk organisasi atau pelanggan. Pasukan JuruProgram Beberapa juruprogram yang membina aplikasi yang sama akan berkongsi-kongsi kodprogram mereka samada secara online menggunakan cloud ataupun bertukar-tukar peranti storan mudah alih (ada yang buat gitu lagi ke?). Namun secara idealnya, setiap juruprogram akan menulis kod untuk modul yang berbeza bagi satu-satu aplikasi. Jika seorang juruprogram yang ditugaskan untuk membina fungsi tertentu, maka dia akan memeras otaknya untuk mengeluarkan idea. Biasanya dengan meminum kopi pekat sikit. Selepas itu maka diapun berjaya mengeluarkan 3 kaedah atau idea bernas untuk membina fungsi tersebut. Maka, dia akan membuat 3 salinan dan menamakan setiap salinan itu dengan nama yang berbeza-beza. Koding ditulis dan diuji satu persatu. Ketiga-tiga salinan tersebut berjaya dibin...
Nukilan Linux, Slackware, Server, System Admin, Programming dan Mungkin sedikit cetusan rasa