Assalamualaikum Mengikut kajian daripada Journal of Consumer Research mendapati suasana dalam kedai kopi dengan pelbagai bunyi seperti mesin, orang berbual, orang berjalan, bunyi mesin tunai dan lain-lain dapat mengingkatkan kreativiti seseorang yang sedang fokus melakukan kerja di kedai tersebut. Bunyi itu haruslah tidak kuat ~70dB dan ianya seolah-olah bunyi suasana yang rawak dan tidak mengganggu. Sebarang bunyi yang melebihi 80dB akan menimbulkan gangguan. Oleh itu, jika anda perlu fokus untuk melakukan kerja atau menulis, bolehlah bawa laptop anda ke kedai kopi dan terus mula bekerja. Jika tidak berkelapangan, ada satu laman web yang meyediakan bunyi suasana kedai kopi yang sangat menenangkan dan sesuai untuk anda dengan sambil buat kerja. Pasangkan headphone anda dan layari https://coffitivity.com/ Selamat mencuba.. :-)
Nukilan Linux, Slackware, Server, System Admin, Programming dan Mungkin sedikit cetusan rasa