Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Ubah Konfigurasi FreeNAS secara tetap selepas boot

Assalamualaikum Ubah konfigurasi FreeNAS untuk /etc/hosts dan /etc/hosts.allow secara kekal Pada asalnya konfigurasi freeNAS tidak dilakukan secara tetap memandangkan pelayan freeNAS jarang sekali kita reboot. Tapi sesuatu terjadi minggu lepas menjadikan pelayan freeNAS mati dua, tiga hari. Nasib baiklah masih tiada apa2 sistem lagi yang guna server tu. Jadi, apabila reboot semula, agak susah pula untuk mount dari komputer sendiri. Dan terpaksa pula kita ssh ke freeNAS untuk ubah setting dalam /etc/hosts dan /etc/hosts.allow. Tapi yang peliknya bila server freeNAS kita boot, setting kembali kepada asal. Cari punya cari, rupanya2 setting freeNAS akan disalin semula semasa boot. Ini menjadikan sistem kembali asal. Oleh itu kita perlu ubah file konfigurasi di dalam /conf/base/etc kerana file dalam folder tersebut akan disalin semasa freeNAS sedang boot. FreeNAS OS menggunakan freeBSD. Aku letak OS ni dalam usb flashdrive 4G dan OS akan boot dari situ. Isu K

Pendirian Islam dalam Penggunaan Perisian Cetak Rompak : Satu Muhasabah

Assalamualaikum "Ya Rahman Ya Rahim. Hanya kepadaMu sahaja aku menyembah dan meminta bantuan... Amin Ya Rabbal Alamin" Kali ini saya ingin utarakan satu isu yang sudah lama terfikir dan nak diketengahkan. Alhamdulillah hari ini ada kelapangan dan idea untuk menulis isu ini. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada mufti dan alim ulamak , fatwa membeli dan menggunakan perisian cetak rompak adalah haram dan sebarang keuntungan daripada hasil perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak adalah syubhah. Mengikut Majlis Kesatuan Ulama Sedunia dan keputusan Majlis Fatwa Eropah juga telah menfatwakan hukum yang sama. Boleh rujuk di :  http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/723-barang-cetak-rompak-a-fotocopy-buku.html Namun post saya hari ini cuma ingin memberi peringatan terhadap diri sendiri sebagai muhasabah dan mungkin boleh mencetuskan rasa takut kepada balasan Tuhan di dunia dan akhirat nanti. Syubhah    Menggunakan pe