30 Mac 2012

Menyambut Panggilan Allah


Assalamualaikum..
"...Akan tetapi,Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-Kuberpanjangan,supaya kamu bersyukur kepada-Ku banyak-banyak, dan supayakamu bertasbih kepada-Ku pagi dan petang...." 
-- Pengajaran diatas adalah sebahagian daripada pengajaran 3 yang dipetik dari buku “Nasihat DanBimbingan Hadis-Hadis Qudsi”-Imam Ghazali.(Al-Hidayah Publisher)
Sesungguhnya tidak ada apa yang kita punyai ini adalah hak kita termasuklah tangan ini, mata ini, otak ini, mulut, hidung dan seluruh anggota ini adalah hak Allah.

Jika henda kita syukurkan seluruh nikmat dan kurniaan Ar-Rahman, sesungguhnya tiadalah mampu dan tiadalah daya kita sedangkan seinci gerak jari ini menekan kekunci di atas papan kekunci ini juga adalah di atas kurniaan Allah SWT.

Post kali ini juga tidak berkenaan teknologi sumber terbuka memandangkan sekarang fokus utama adalah menyiapkan sistem pengurusan dokumen untuk hospital. Tapi post kali ini agak menarik juga insyaAllah kerana saya ingin berkongsi sedikit nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya..

berikut adalah antara gambar-gambar tanah suci sepanjang saya menyambut jemputan ke Baitullah milik Allah..