Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Perjalanan Tak Sempurna

Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.  Perjalanan Tak Sempurna    Meletakkan diri diselubungi rasa-rasa yang menusuk-nusuk hati dan seterusnya menjadikan hati dipupuk rasa negatif menjadikan kehidupan tidak lagi tenteram dan gembira. Mungkin dengan ego dan kedegilan boleh kita mengaku "aku hepi je, ada aku kesah?". Tapi alasan yang menunjukkan kita hanyalah mempertahankan perasaan sendiri sebenarnya hanyalah mempertahankan ego dan kedegilan.  Bebaskan diri daripada rasa-rasa negatif merujuk kepada hati yang sentiasa bersih dari rasa-rasa negatif. Hanya satu sahaja jalan ke arah hati yang bersih, positif dan redha ( hati yang gembira dalam konteks sebenarnya) hanyalah melalui penghayatan agama Islam atau rasa keAgungan Allah yang utuh dalam hati. Hanya dengan itu sahajalah kita berjaya menurunkan ego dan kedegilan dan seterusnya menjurus kepada redha dan kemaafan. Yang mana, kita maklum dan faham dengan mengutama